Showing posts with label Dorongan. Show all posts
Showing posts with label Dorongan. Show all posts

Sunday, April 26, 2009

Remember His Promises!
The Lord Said " I have Love You with an everlasting love,
I have drawn you with Loving kindness" Jeremiah 31:3.
He also said "Though your mother may forget you, I will not forget you" Isaiah 49:15b.
If today you feel rejected in life, discourage and disappointed, just turn to God, He is ready to hug you and forever waiting and welcome you. He said in Hebrews 13:5-"Never will I leave you; never will I forsake you". Wherever you are today as you read this note just remember His amazing grace-His unending love for you. "For as high as the heavens are above the earth, so great is his love for those who fear him; as far as the east is from the west, so far has he removed our transgressions from us. As a father has compassion on his children, so the Lord has compassion on those who fear him. Psalm 103:11-13. God loves you.

Monday, April 20, 2009

Mesej untuk ISCF sempena "Good Friday & Easter Sunday" 2009
Puji Tuhan setiap tahun umat Tuhan ingat dan merayakan kematian dan kebangkitan Yesus. Dia mati kerana kerana dosa kita, Dia tidak rela melihat anda dan rasa binasa, melalui kematianNya dosa di hapuskan dan diampunkan. Oleh kerana kematianNya manusia telah diperdamaikan dengan Tuhan. Anda boleh bertemu dengan Dia setiap masa melalui doa dimana pun anda berada.
KebangkitanNya memberi anda kepastian bahawa ada kehidupan selepas kematian. Dia bangkit memberi harapan untuk setiap orang yang berseru kepadaNya akan dibangkit serta diselamatkan. Dari kekal ke kekal Yesus lah harapan untuk setiap manusia mendapat hidup kekal kerana kuasa kebangkitanNya.
Kematian dan kebangkitan Yesus merupakan kunci penting dan dasar utama bagi kehidupan setiap orang Kristian. Dengan itu mari kita bersama-sama bergandingan tangan memberi yang terbaik untuk Tuhan terutama sekali dalam pelajaran. Akuilah sepenuhnya bahawa Yesuslah Jalan, Kebenaran dan Kehidupan untuk kehidupan peribadi anda. Amin

Tuesday, March 17, 2009

Luka di hati siapa yang tahu
Hati ku cukup rasa malu
Mengenang nasib diriku
Kekasih ku di halang jumpa aku
Aku merana di bilik kecil ku
Tak ada siapa yang tahu
Hanya pakcik ku yang satu
Menghubungi aku setiap waktu
Aku terasa cukup pilu
Mengenang nasibku
Firman Tuhan panduanku
Cinta sejatiku hanya untuk Penciptaku
Aku tak akan menoleh pada mu
Kerana cintaku hanya pada Tuhanku

Aku rasa cukup malu keranamu, tapi aku dah tahu yang aku ini bukan milikmu
Aku keliru bila pakcikku memaklumkan segala pendirianmu
Aku ingin maju terus mencari ketenangan dan harapan pada Dia yang
memanggil aku jadi milikNya.
Cinta kita akan berakhir disini kerana aku tahu aku tak akan memahami siapa dirimu.
Aku berterimakasih kepada pakcik ku yang sentiasa memberi aku
dorongan hingga aku mengerti tujuan hidupku dalam tangan Bapaku.
Kepada pakcik ku yang aku kasihi dan hormati, aku tetap mengasihimu dan mengharapkan pakcik ku sentiasa dalam keadaan yang sihat dan diberkati dalam pelayanan.
Rintihan seorang pelajar

Friday, March 6, 2009

Keluhan seorang pelajar ISCF

Pastor, aku tak mengerti mengapa hidupku sentiasa penuh dengan masalah yang datang silih berganti. Apakah Tuhan jauh daripada hidupku ini? Apakah Tuhan mendengar doa ku yang berdosa ini? Katanya lagi, bila teman-teman ku nyanyikan lagu "Dia mengerti" hati ku semakin hancur dan airmataku mengalir dipipiku. Aku bersyukur, Dia mengerti aku. Dia mengerti segala persoalan yang terjadi dalam hati dan fikiran ini. Sebenarnya lagu inilah yang menyedarkan aku supaya hanya mendekati Dia yang mengerti segala yang terjadi, katanya. Terlalu muda bagi dia mengharungi hidup yang penuh dengan persoalan demi persoalan yang dia tidak mengerti. Puji nama Tuhan dengan sokongan dan dorongan teman seiman dalam ISCF dia bangkit dan maju terus melibatkan diri dalam pelayanan di sekolahnya. Dalam ISCF lah dia memahami dan mengerti tujuan hidupnya dalam Tuhan. Doa saya untuk dia, Tuhan engkau kuatkan imannya dan mampukan dia mengatasi serta mengerti apa yang dia alami. Hanya engkau Ya Tuhan mampu menyelesaikan masalahnya.

Wednesday, March 4, 2009

Pentingnya Kesatuan Dalam Pelayanan

Kita dipanggil untuk terus melayani dengan setia namun begitu kadang-kadang kita rasa putus asa bila mengalami perkara yang buat kita kecewa. Tidak semua yang kita lakukan akan berjaya dan tidak semua orang yang kita layani setuju dengan segala pandangan dan idea kita. Itu telah menjadi lumrah hidup di dalam masyarakat. Namun begitu ingin saya kongsikan sedikit pengalaman yang telah memberi saya dan keluarga kekuatan untuk terus melayani Tuhan untuk perhatian dan bekalan kita bersama. Yang pertama buat keputusan untuk tetap bersatu dengan Dia yang memanggil kita untuk menjadi hambaNya. Kedua tetap bersatu dengan keluarga kita secara fisikal, emosi dan rohani. Ketiga sentiasa bersatu dengan pemimpin kanan gereja kita. Keempat tetap bersatu dengan ahli kelompok rumah kita yang sentiasa mendorong kita. Bila ini telah menjadi amalan hidup kita dalam pelayanan kita akan mengalami kesukaan dan kegembiraan dalam pelayanan.
Adalah penting kesatuan dimulakan dari keluarga kita. Perkara ini telah saya dan keluarga amalkan dalam hidup sebagai hamba Tuhan. Adakan aktiviti keluarga untuk menyuburkan kesatuan keluarga kita. Tidak terlalu lambat bagi kita untuk mulakan hari ini.

Tuesday, March 3, 2009

True and Healthy Friends

They love one another. They care for each other. They love you but they are not your lover. They care for you in every situation. They are ready to share the pain. They are friends who really care. Do you know the relation between your 2 eyes? They blink together, cry together, see things together. Though they never see each other, friendship should be just like that. Truly life is hell without friends who care and share the pain. Only through our Faith in our Saviour we will experience such friendship. He is the source of all the joy and happiness in every level of friendship.
Bahagianya Hidup Bersama Tuhan

Alangkah bahagianya bila anda membuat keputusan untuk tetap hidup menurut kehendak Tuhan. Remaja yang sedang bercinta, jangan lupa akan hubungan anda dengan Tuhan. Saya berjumpa dengan seorang pelajar perempuan yang bercinta dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya. Setiap jam dia sms boi frennya. Waktu itulah saya buat bisi bodi dan tanya. "Pernahkan anda berdoa dan membaca Firman Tuhan"? Dia diam seketika. Dia kata jika terus ber-sms kepada kekasihnya dia sentiasa dekat di hati kekasihnya. Dia bimbang kekasihnya mungkin cari perempuan lain kerana dia 5 tahun lebih tua daripada kekasihnya. Jika kita ingin tetap hidup bahagia dengan Tuhan buat keputusan untuk tinggal dekat di hati Nya. Berdoa dan membaca Firman Tuhan harus menjadi kesukaan kita setiap hari. Pasti hubungan kita dengan Tuhan akan rapat. Cukup bahagia hidup dekat dengan Tuhan kerana hanya Dialah yang memberi segala kepuasan dan kebahagiaan yang kita semua harapkan.

Friday, February 27, 2009

Rejected!

Call upon God. Meditate upon His promises.
Romans 8:37- But in all these things we have full victory through God who showed his love for us.
The Lord is close to the brokenhearted, and he saves those whose spirits have been crushed. Psalm 34:18.
The Father gives me my people. everyone of them will come to me, and I will always accept them. John 6:37

Friday, February 20, 2009

Tuhan tidak akan melupakan anda

Dalam melayani diantara anak muda, kenyataan ini amat nyata! Yesaya 49:15 "Oleh itu Tuhan menjawab; Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya, atau tidak mengasihi anak kandungannya? Sekalipun ibu melupakan anak, Aku tidak akan melupakan anda"
Kenyataan ini mengingatkan saya tentang seorang pelajar yang pernah dihalau dari rumah. Dia menghubungi saya dan katakan dia tidak diharagai dan dihalau dari rumah. Saya kata padanya "Ampunkan ibubapa mu sebelum anda meninggalkan rumah. Peristiwa ini terjadi ada tujuan yang tersendiri yang anda mungkin tak akan mengerti. Ingatlah Yesus, bila dia dihina dan dicaci dan menderita di kayu salib untuk anda! Bawalah beban anda pada Yesus- Bawalah beban anda pada Dia, dan dia rela dan sedia memikul bebanmu hai anak ku" Matius 11:28. Kata-kata tersebut memulihkan keadaan pelajar ini. Saya dan isteri amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyatakan Kasih Yesus padanya. Dia seorang pelajar yang baik, peramah dan amat rajin melakukan tugas di rumah. Kami mengasihi dia seperti kami mengasihi anak kami sendiri. Dia kata kepada saya dan isteri "uncle aunti kamu lah ibubapa dan saudara saya yang amat mengasihi saya. Layanan kamu tidak ada bezanya dengan layanan yang kamu berikan kepada anak sendiri". Dimana pun anda berada hai anak ku, ingatlah kasih Tuhan dan janji Tuhan yang tidak pernah berubah. Tuhan mengasihi anda dan tetap ingat anda. Pandanglah kepadaNya, Dia menanti anda datang kepadaNya. Kawa nyalam ika[We love you].

Wednesday, February 18, 2009

Thank YOU. Thanks

To my precious wife, beloved daughters, faithful friends and obedience students who always walk in the TRUTH,
Whenever you read this channel, I want you know very clear that God always love you and He care for you. He will forever hold your hand and He is working on your behalf.
I thank God for you everyday. And I want to tell you how grateful I am that you are the source of joy and perseverance in serving God. I love you. No matter where you are, just look to Jesus.
The support, encouragement and the sacrifices that you have given are the main reason why I could move on and able to serve the One who called me to full time ministry until today. May the grace of God be upon you all.
Bangunkan Hati yang Sentiasa Berterimakasih

Berterimakasih dapat dipelajari dalam hidup. Setiap hari berdoa minta daripada Tuhan .
Bila merasakan tekanan makin berat dipikul. Pandang pada Yesus yang telah menderita untuk anda. Kasih anugerah Yesus memenuhi segala keperluan hidup manusia.

Sudah dalam rencana Tuhan, dimana anda mungkin tidak akan mengerti segala apa yang terjadi,
Berserulah kepada Bapa yang penuh kasih. Hanya Dia mampu memberi segalanya untuk anda.
Dengan itu dalam segala perkara yang terjadi ada tujuan yang tersendiri. Dalam apa pun yang anda hadapi baik lembah yang penuh dengan duri dan kegelapan, pandanglah pada Yesus. Pegang tangan Bapa dengan irat dan ketahuilah Dia sentiasa melakukan sesuatu yang indah bagi pihak anda. Dia tidak akan meninggalkan anda! Berterimakasih pada Dia dan pada semua orang yang disamping anda.