Wednesday, March 4, 2009







Pentingnya Kesatuan Dalam Pelayanan

Kita dipanggil untuk terus melayani dengan setia namun begitu kadang-kadang kita rasa putus asa bila mengalami perkara yang buat kita kecewa. Tidak semua yang kita lakukan akan berjaya dan tidak semua orang yang kita layani setuju dengan segala pandangan dan idea kita. Itu telah menjadi lumrah hidup di dalam masyarakat. Namun begitu ingin saya kongsikan sedikit pengalaman yang telah memberi saya dan keluarga kekuatan untuk terus melayani Tuhan untuk perhatian dan bekalan kita bersama. Yang pertama buat keputusan untuk tetap bersatu dengan Dia yang memanggil kita untuk menjadi hambaNya. Kedua tetap bersatu dengan keluarga kita secara fisikal, emosi dan rohani. Ketiga sentiasa bersatu dengan pemimpin kanan gereja kita. Keempat tetap bersatu dengan ahli kelompok rumah kita yang sentiasa mendorong kita. Bila ini telah menjadi amalan hidup kita dalam pelayanan kita akan mengalami kesukaan dan kegembiraan dalam pelayanan.
Adalah penting kesatuan dimulakan dari keluarga kita. Perkara ini telah saya dan keluarga amalkan dalam hidup sebagai hamba Tuhan. Adakan aktiviti keluarga untuk menyuburkan kesatuan keluarga kita. Tidak terlalu lambat bagi kita untuk mulakan hari ini.
Kuasa Doa dalam Tuhan

Jika anda percaya Firman Tuhan itu benar, anda juga harus percaya bahawa segala sesuatu dapat dilakukan melalui Yesus Kristus. Jika anda minta dengan iman, Tuhan akan melakukannya bagi pihak anda. Tuhan dengar semua doa dan rintihan hati umatNya. Ketahuilah doa orang yang hidup bersatu dengan Tuhan dapat menggerakan pelayanan dengan lebih berkesan.
Sesungguhnya Tuhan rindu mendengar doa dan tangisan umatNya minta pertolongan. Anda juga yakin bahawa Dia [Roh] yang dalam anda lebih berkuasa daripada roh-roh di duniai. Melalui doa juga anda menghalau kuasa-kuasa penguasa di udara dan di bumi kerana anda percaya penuh dengan namaNya yang penuh berkuasa. Percayalah Tuhan akan melakukan perkara besar dan ajaib. Jika anda yakin bahawa doa anda akan didengar dan dijawab, praktikan dan mula, berdoalah sekarang. Dimana dan bila saja anda berseru kepadaNya, Dia mengetahui segala-gala keadaan anda. Jika anda kecewa kerana masalah yang menimpa hidup anda, berdoalah. Tidak ada beban dan masalah yang terlalu besar yang Tuhan tidak dapat tanggung. Berlututlah dan Berserulah kepadaNya, Dia siap mendengar anda hai anakku. Yeremia 33:3

Tuesday, March 3, 2009

Guide to effective ISCF ministry

1. Value relationship in ISCF ministry
2. Leaders and members need to communicate the joy of being servant of God
3. Remember to do on going follow up program- weekly meeting
4. Read and Meditate on the Word of God
5. Remind the students to do their quite time daily
6. Praise and worship the Lord wholeheartedly
7. Serve the Lord with humility
8. Touch someone with welcoming, gentle handshake
9. Always invite non believers to attend special program for your ISCF
10. Meet their spiritual need by praying for BLESSING for each one of the members
True and Healthy Friends

They love one another. They care for each other. They love you but they are not your lover. They care for you in every situation. They are ready to share the pain. They are friends who really care. Do you know the relation between your 2 eyes? They blink together, cry together, see things together. Though they never see each other, friendship should be just like that. Truly life is hell without friends who care and share the pain. Only through our Faith in our Saviour we will experience such friendship. He is the source of all the joy and happiness in every level of friendship.
Bahagianya Hidup Bersama Tuhan

Alangkah bahagianya bila anda membuat keputusan untuk tetap hidup menurut kehendak Tuhan. Remaja yang sedang bercinta, jangan lupa akan hubungan anda dengan Tuhan. Saya berjumpa dengan seorang pelajar perempuan yang bercinta dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya. Setiap jam dia sms boi frennya. Waktu itulah saya buat bisi bodi dan tanya. "Pernahkan anda berdoa dan membaca Firman Tuhan"? Dia diam seketika. Dia kata jika terus ber-sms kepada kekasihnya dia sentiasa dekat di hati kekasihnya. Dia bimbang kekasihnya mungkin cari perempuan lain kerana dia 5 tahun lebih tua daripada kekasihnya. Jika kita ingin tetap hidup bahagia dengan Tuhan buat keputusan untuk tinggal dekat di hati Nya. Berdoa dan membaca Firman Tuhan harus menjadi kesukaan kita setiap hari. Pasti hubungan kita dengan Tuhan akan rapat. Cukup bahagia hidup dekat dengan Tuhan kerana hanya Dialah yang memberi segala kepuasan dan kebahagiaan yang kita semua harapkan.
Bersandarlah kepada Tuhan

Alkitab telah jelas mengatakan bahawa setiap manusia ingin menikmati kehidupan yang benar-benar memuaskan. Tuhan telah merancang kebahagiakan untuk kita semua. Yeremia 29:10-11, Tuhan memberikan kita harapan yang indah dalam hidup kita. Numun begitu kita harus cuba membuat perancangan dengan pimpin Tuhan. Tanpa pimpinan Tuhan masa depan yang kita harap-harapkan itu mungkin tidak kesampaian. Kita harus terus berdiri bersama Tuhan. Seperti tanaman lada yang bertumbuh serta melilit dengan sebatang tiang belian. Tiang belian itu tak nampak dengan jelas dari luar, hanya daun lada dan buahnya yang kelihatan. Yesus harus menjadi pusat kehidupan anda. Masa depan yang anda harap-harapkan akan tercapai jika anda tetap berdiri dan bersandar pada Yesus seperti tanaman lada. Manusia tidak akan mampu memberi anda masa depan yang gemilang. Kekasih anda tidak pasti memuaskan segala impian anda. Segala kata-kata manis dan janji indah daripada teman anda sekalipun tidak mungkin dapat memberi anda masa depan yang anda harapkan. Dengan itu bersandarlah dengan sepenuhnya dengan janji Tuhan dan bertidaklah dengan bijak menurut pimpinan Tuhan.