Thursday, August 6, 2009

The Sovereign Lord is our strength! We will be joyful the in God of our Salvation every moment of our life as followers of the Lord Jesus Christ. [beb & ija]

I want you to be merciful, I want you to know God and love Him with all your heart.

                                                                [beb, anne, ija]

Tuhan mengampuni

Aku seorang yang berdosa dan terlalu malu nak menghadirkan diri dalam pertemuan orang kristian. Aku rasa diri ku terlalu hina. Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain, dan aku pula balas dendam dengan mencari lelaki lain. Betapa malunya aku bila orang tua ku tahu kisah keluargaku. Kami telah mendirikan rumah tangga sejak 4 tahun yang lalu. Suami ku menuntut cerai aku pula kata tinggalkan aku saja. Kini aku sedar perbuatan ku terlalu keji dan aku cukup malu. Aku malu! Dapatkah Tuhan mengampuni aku pastor???  Pastor rujuk Mazmur  51 dan 103 untuk  aku. Aku mulai sedar betapa besar kasih Allah kepadaku. Dia mengampuni segala kesalahan ku. Aku rasa lega selepas membaca dan merenung Teks tersebut berulangkali.. Kepada  sesiapa yang mengalami situasi tersebut, kembali kepada Tuhan dan mohon pengampunan. Baca janji Tuhan dalam FirmanNya. Dia mengasihi dan mengampuni. Aku bersyukur kepada hamba Tuhan yang membimbing aku.

[kesaksian daripada bekas pelajar yang sangat mengasih Tuhan masa ISCF ]. Di benarkan untuk tulis dalam blog ini untuk  renungan bersama.  Saudari ini telah berjaya dalam pelajaran dan bekerja dalam jabatan kesihatan

Friday, July 31, 2009

Tip Sedia Khotbah untuk muda-mudi/ISCF

Oleh Doa dan sokongan anda Saya mampu melayani dalam pelayanan ISCF sehingga hari ini [ 12 tahun]. Saya nak kongsi tip yang sederhana untuk sediakan khotbah terutama sekali kepada  muda-mudi / ISCF; [khotbah 15-20 minit]

1, Baca teks yang akan di khotbah itu berulang kali mengguna terjemahan Alkitab yang berbeza.

   [bahasa malaysia/indonesia/iban/english]

2, Fikir serta renung perkara yang jelas dan  yg menarik perhatian anda dalam teks tersebut.

3.Lihat rujukan lain yang berkaitan dengan ayat tersebut agar anda lebih memahami maksudnya.

4. Bentuk satu pelajaran khotbah yang mudah di fahamkan  agar mereka senang menerimanya. [Ingat masa khotbah terhad di sekolah]

5. Tetap fokos kepada perkara yang anda ingin mereka lakukan dalam kehidupan. [Bertobat/berubah/bersaksi/ komited dalam pelayanan] dan sebagainya.

Thursday, July 30, 2009

Penceramah yang berkesan

Sebagai penyampai kebenaran kita semua  harus perhati perkara berikut. Kita di panggil untuk menyampaikan kebenaranNya  dengan cekap terutama sekali kepada anak muda yang mudah mengkritik bahkan mudah ketawa jika sesuatu tidak berkenan pada pandangan mereka. 

1. Kita harus tahu tentang topik  yang di sampaikan dengan jelas.

2. Khotbah  harus disampaikan dengan  teratur dan tersusun  serta menarik. Jika menggunakan Komputer atau LCD pastikan ia berfungsi dengan baik.

3, Pakaian haruslah kemas dan sesuai dengan budaya tempat tersebut. 

4. Pastikan sebutan mengenai perkataan yang jarang di gunakan betul supaya tidak menjejas kelancaran penyampaian.

5. Jangan lupa DOA sebelum berdiri di hadapan! Penting.

 

Monday, July 27, 2009

Kasih Anugrah Tuhan

Tuhan mengasihi serta menyayangi umat tebusanNya. Dia tidak pernah mengingat segala kesalahan dan keangkuhan kita. Dia panjang sabar dan penyayang. Dia mengampuni segala kesalahan dan dosa kita.
Namun begitu apakah kita terus melakukan sesuatu menurut kehendak kita kerana Tuhan baik? Dalam Roma 6:1-2 menyatakan apakah kita terus melakukan dosa agar kasih Tuhan semakin melimpah dalam hidup kita? Tentunya tidak. Tidak mungkin orang yang telah percaya kepada Tuhan sengaja melakukan sesuatu yang tidak baik.
Adalah baik agar setiap anak muda khususnya pelajar kristian sentiasa mengharumkan nama sekolah, nama ibubapa dan guru bahkan nama mereka dalam semua aspek hidup sebagai pengikut Kristus.