Thursday, June 16, 2011

BERSAMA KEKASIH DALAM MIMPI

Aku tinggal di Batu Feringgi, aku bermimpi kekasihku yang jauh di bumi kenyalang. Aku mimpi jalan bersama dia di pantai yang indah batu ferringgi. Kami berjalan jalan sambil bercerita tentang kisah lama kam mula bercinta. Segala yang telah kami alami semasa bercinta hampir tiga puluh tahun yang lalu disebut semula, masa mandi, minum, makan, berkelah, pertemuan pertama dalam kelas dicerita semua. Kami senyum imbas kembali segala yang telah menjadi sejarah dalam kehidupan. Sekarang dah ada anak, rupa dan gaya dah jauh berubah. Rambut pun dah berumban dan kakipun sakit tak sehebat dulu. Hingga disebut kisah indah waktu mula bercinta. Aku pegang tangannya dan jalan bersama, ditengah ratusan orang di pantai aku terus memeluk dan mencium kekasihku, tiba tiba aku terbangun kerana bunyi jam. Dialah kekasihku dan sahabatku yang sentiasa mendoakan aku.

Basic Need for Students

The need of ACCEPTANCE
The need of SECURITY
The need of HONESTY
The need to be LOVED
The need to be SUCCESSFUL
The need to be SPIRITUAL
The need of SALVATION
We need to be SENSITIVE to their existence
We need to be ACKNOWLEDGE their presence
We need RECOGNIZE their uniqueness
We need to CELEBRATE their contribution
We need to ADDRESS their needs.
Ministering to youth the above factors must be considered.

Persahabatan dalam ingatan

Setiap orang mempunyai sahabat yang rapat. Diantara ratusan orang yang datang dalam kehidupan tentu ada seorang yang paling senang untuk berbicara dan tempat mudah untuk meluahkan perasaan, baik kekecewaan, penyesalan dan kegembiraan.
Seorang kawan aku ceritakan dia mempunyai seorang sahabat yang sangat baik, setia dan komited dalam pelayanan. Dia mengenali temannya itu semasa temannya berumur dua belas tahun. Temanku itu pula berumur lapan belas tahun.
Pergaulan mereka seperti abang dan adik. Mereka minum bersama, makan bersama, kerja bersama, berkelah bersama ke gereja bersama. Semua aktiviti yang diadakan mereka pergi bersama. Dalam hati mereka tidak ada siapapun yang tahu. Terlalu banyak peristiwa indah mereka lakukan bersama. Tidak ada kata yang dapat digunakan menjelaskan betapa indah persahabatan mereka.
Oleh sebab yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa berpisah . Walaupun mereka berpisah hampir dua puluh enam tahun tetapi mereka masih ingat segala perkara yang mereka lakukan semasa mereka bersama. Kemesraan dan kegembiraan semasa mereka bersama tetap dikenang.
Oleh kasih anugrah Tuhan mereka bertemu lagi pada duapuluh haribulan april tahun dua ribu sebelas dalam suasana yang begitu penuh dengan sukacita. Pada masa pertemuan itu mereka hampir tidak mengenali satu sama yang lain lain. Wajah dan rupa sudah berubah tetapi kenangan indah semasa mereka bersama tidak berubah.
Persahabatan mereka mulai segar dan bertumbuh kembali. Hampir setiap hari mereka berhubung dan mendorong satu sama yang lain. Mereka berjanji untuk tetap menjadi sahabat yang baik dan memelihara persahabatan mereka. Tidak ada yang lebih indah bila umat Tuhan yang telah ditebus hidup dalam persahabatan yang mulia. Semasa artikel ini ditulis mereka tinggal berjauhan tetapi dalam hati mereka duduk bersebelahan.

Remaja yang aku kashi, ingatlah cari lah sahabat yang setia temankan anda untuk terus hidup menyenangkan hati Tuhan.
Kemana pun anda pergi ingatlah sahabat yang pernah rapat dengan anda. Bagiku sahabat adalah berkat. Hargailah sahabat anda. Yesus kata kepada murid-muridNya "Kamu lah -sahabat-sahabatKu."

Wednesday, June 15, 2011

Kasih yang suci

Seorang guru muda dihantar bertugas di sebuah sekolah dipendalaman. Di sana dia melakukan segala tugas sebagai guru dengan tekun. Lebih daripada itu dia giat aktif melakukan kerja sosial di rumah panjang.
Dia juga melayani Tuhan sebagai pemimpn muda-mudi di gereja. Pada masa yang sama guru itu mulai minat dengan seorang gadis jelita di kampung itu. Gadis itu amat menarik dan menawan. Sifat gadis itu baik, peramah dan lemah lembut. Perhubungan keduanya semakin lama semakin rapat. Perasaan cinta keduanya tidak seorang pun yang tahu, kerana tidak ada ciri ciri luaran keduanya bercinta. Terlalu banyak kenangan manis yang keduanya lalui bersama. Mereka makan bersama, tinggal bersama dan ke kebun bersama keluarga.
Tanpa diduga keduanya berpisah kerana guru tersebut dipindahkan ke sekolah lain. Kakinya hampir terpaku untuk melangkah meninggal gadis pujaannya. Dia tidak sanggup meninggalkan dia begitu sahaja. Sepanjang perjalanan dia menangis mengenangkan kisah indah semasa bersama dengan kekasihnya. Tidak terlintas dalam fikiran perpisahan itu satu perpisahan yang memutuskan percintaan keduanya. Perpisahan tanpa pesan yang memberi harapan untuk menjalinkan perhubungan. Tuhan tahu semua yang tejadi dalam perhubungan keduanya.
Hampir 26 tahun berpisah keduanya bertemu lagi pada 26April 2011. Mulanya guru itu telefon dia, yang amat menghairankan keduanya-duanya masih mengenali suara masing
masing walaupun begitu lama tidak bertemu. Itu terbukti perasaan cinta keduanya belum dikikis dalam jiwa dan hati keduanya. Luar biasa!
Kedua-duannya telah berkeluarga dan tetap setia dalam Tuhan. Semasa pertemuan itu keduanya mohon maaf diantara satu sama yang lain. Guru itu mohon maaf terlebih dahulu kerana tidak pernah menghubungi dia dan mohon maaf diatas kesalahan ataupun tindakan yang mungkin telah menyakitkan hati. Sebenarnya sekian lama guru itu ingin mencari dimana gadis pujaan nya. Dia masih mengasihi dan tetap menghargai dia. Dia juga tahu bahawa gadis pujaannya telah dimiliki lelaki lain. Keduanya berjanji untuk mendorong satu sama yang lain. Yang lebih menarik keduanya akur dengan rencana Tuhan yang memisahkan keduanya dua puluh enam tahun yang lalu dan dipertemukan dalam Kasih anugerah Tuhan untuk sama sama melayani Tuhan dalam pelayanan masing masing. Inilah kisah kasih yang suci. Tidak ada perasaan dendam dan tidak ada penyesalan dalam hati keduanya. Perhubungan keduanya semakin indah selepas pertemuan itu. Keluarganya dianggap keluarga sendiri. Oh indahnya perhubungan keduanya kerana Yesus yang telah memperdamaikan. Sesungguhnya kerana Kasih Yesus keduanya dapat mengampuni satu sama yang lain.
Jadikan kisah ini sebagai panduan dan dorongan anda yang membaca.

Keduanya telah mengizinkan saya untuk menulis kisah cinta murni ini dalam blog ini.











Tuesday, June 14, 2011

Pujian Syuukur

Kami bersyukur kepada Tuhan kerana anak kami Mujan telah selesai A-Level nya di Kolej Mara Seremban pada 12hb June 2011, persiapan sebelum melanjut pelajaran ke New Zealand. Terimakasih untuk Pr Balang dan keluarga yang sentiasa mengunjungi dan melayani dia selama dua tahun disana.
Terimakasih untuk semua rakan seiman yang setia mendoa dan mendorong dia. Terimakasih juga kepada semua ahli keluarga besar kami yang tinggal di Semenanjung Malaysia yang setia melawat dia.
Doa dan harapan kami agar Tuhan terus memberkati anda dan keluarga.

Sunday, June 12, 2011

Kisah benar

Pada 26hb April 2011 adalah tarikh aku bertemu dengan bekas pelajar kebanggaanku . Tidak sangka selepas 26 tahun berlalu aku meninggalkan sekolah mereka aku bertemu dengan dia semasa melawat pakciknya sakit dihospital. Aku hampir tidak mengenali dia lagi kerana terlalu lama tidak bertemu. Keluarga pelajar tersebut anggap aku sebagai anak mereka semasa bertugas di kampung mereka. Kemudian dia ceritakan bagaimana aku mengajar, mendisiplin mereka dulu. Rasa malu dan sedih bila disebut hal hal cam itu. Dia langsung tak tahu kemana aku pergi lepas meninggalkan sekolah nya dan tak tahu yg aku jadi pastor. Dia hairan juga bila aku doa utk pakciknya. Mulai hari itu juga aku tahu dialah seorang pendoa yang luar biasa. Dialah pendoaku dan sentiasa mendorong aku dalam pelayananku. Pernah dia katakan "aku berdoa untukmu dan tumpang tanganku diatas gambarmu dalam Facebook". Imannya dan kesungguhnya dalam Tuhan amat luar biasa. Inilah kerinduanku untuk setiap pelajar yang telah dilayani agar mereka bangkit untuk terus menjadi umat Tuhan yang berpegang teguh kepada Firman Allah.

Wednesday, April 20, 2011

Message Easter 2011

Ketahuilah Easter dirayakan oleh umat Kristian diseluruh dunia. Dia mati kerana dosa dan kesalahan anda dan saya. DarahNya yang tercurah dikayu salib menyucikan segala kejahatan kita. Terlalu sukar memahami kasih Allah sehingga Dia mengaruniakan Anak TunggalNya ke dunia ini hanya untuk satu tujuan, iaitu menjadi korban untuk menghapuskan dosa kita.
Melalui kematianNya kita diperdamaikan dengan Allah. Yesus bukan sahaja mati untuk dosa manusia, Dia bangkit pada hari ketiga untuk memberi jaminan bahawa setiap orang yang percaya dan mengakui kebenaran yang Yesus mati dan bangkit dari kematian akan bangkit bersama Dia dalam kemuliaan dalam masa yang ditentukan Allah kepada setiap umat pilihanNya.
Mari kita bersama bersyukur kepada Allah yang telah memberi Anak TunggalNya menderita dan mati kerana dosa kita. Dia bangkit memberi semua manusia di dunia ini bahawa setiap orang yang datang kepadaNya dan menyembah Dia akan menikmati hidup kekal dalam Kristus.