Thursday, November 18, 2010

Doa KU untuk mu

Ya Tuhan sesuai dengan FirmanMU yang penuh dengan kebenaran yang tidak ada tandingannya, doa agar Engkau menjaga dan memelihara calan-calon SPM / STPM sepanjang mereka menduduki peperiksaan tersebut. Curahkan karunia kepandaian, kebijaksanaan dan pengetahuan kepada setiap diri mereka yang takut dan hormat kepada MU.
Inilah doa ku untuk mereka yang tetap setia mengashi dan melayani Engkau di sekolah. Dalam nama Yesus aku berdoa. Amin.

Saturday, September 18, 2010

Janji Tuhan untuk anda

Firman Tuhan mengandungi janji yang harus kita pegang. Masalahnya ramai orang tidak yakin dengan janji tersebut.
Janji tersebut termasuklah;
1. Kehidupan kekal orang percaya dan mengakui Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
2. Pengampunan daripada dosa yang lalu bahkan pada masa akan datang
3. Kebebasan daripada roh-roh jahat dan ikatan belenggu dosa
4. Kedamaian dalam keluarga yang mengasihi Tuhan
5. Kemakmuran untuk mereka yang takut dan setia kepada PerintahNya
6. Kemenangan diatas pencobaan
7. Kejayaan dalam pelajaran dan pekerjaan
Sesungguhnya hanya dalam Alkitab kita menemui Janji yang benar!

Friday, July 16, 2010

Perkara utk Suami Fikirkan

Lima Perkara yang suami lakukan yang selalu menyakitkan hati Isteri. Perkara ini tidak sihat untuk dipratikan.
1. Sentiasa kritik yang tidak menentu.
2 Tidak mendengar keluhannya dan permintaan isteri
3. Keperluan isteri tidak menjadi agenda utama
4. Tidak membela isteri semasa dia di persalahkan
5 Tidak romantik kepada isteri semasa duduk bersendirian.

Jika Perkara diatas tidak dibendung dengan segera ia boleh membuat hubungan suami isteri regang. Untuk suami yang membaca artikel ini, kita mula ubah prinsip hidup kita. Suami lah menjadi perancang utama dalam membangun keluarga bahagia. Dengan kusa Tuhan anda mampu lakukannya.

Saturday, June 19, 2010

Doa untuk Keluarga

Tuhan berkati keluarga hambamu dan bentuklah kami sebagai alatmu yang berkesan. Pimpin keluarga hambamu sehingga kami sampai ke garis akhir dan disambut dengan penuh kasih oleh Bapa di Syurga.
Tuhan lindungi dan pimpinlah setiap langkah keluarga hambamu agar sentiasa setia melayani Engkau. Jika kami sesat, bawa kami pulang; jika kami jatuh, angkat kami; jika kami lemah kuatkan kami dan jika kami sakit sembuhkanlah kami. Kami perlu pertolongan dan belas kasihan mu.
Walaupun anak-anak hamba mu begitu jauh menuntut di luar negara tetapi hati dan jiwa kami tetap bersama. Ya Tuhan nyatakan Kuasa dan KasihMu kepada keluarga hambamu.
Dalam nama Yesus, Amin
Doa ini ditulis sempena hari Bapa jun 2010.

Monday, June 7, 2010

Di lengkapi untuk bersaksi

Kita yang mengakui Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat pasti akan dilengkapi untuk menjadi saksiNya. Kita akan dilengkapi kita dengan segala yang kita perlukan untuk menjadi saksiNya yang berkesan dan efektif.
Kita digunakan oleh Tuhan dengan luar biasa untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan agar kita dapat menyatakan kasihNya kepada orang lain. Tidak terlalu lambat bagi kita untuk mengubah hidup kita untuk menjadi saksiNya. Ucapan, perbuatan, penampilan merupakan aspek penting dalam kehidupan. Dia akan melengkapi kita bila kita mengakui dengan ikhlas bahawa Dialah Tuhan dan penyelamat kita. Sesuai dengan Firman Tuhan dalam Ibrani 13:21, Dia akan melengkapi kita dengan segala yang terbaik untuk menjadi saksi Tuhan yang efektif.

Monday, May 24, 2010

Message Hari Gawai 2010

Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kita kedamaian dalam negara kita Malaysia. Gawai dirayakan dengan penuh sukacita dalam negeri kita Sarawak.
Bagi pelajar ISCF , dorongan saya untuk anda, jadilah terang dan garam di rumah panjang semasa perayaan gawai. Bersukacitalah dalam Tuhan, jangan bersukacita bila sudah penuh dengan minuman keras yang membuat anda tidak terurus penampilan. Dalam apapun keadaan tetap bersyukur kepada Tuhan dengan tari-tarian, muzik dan rebana.
Saya yakin teman-teman anda yang belum tahu sukacita daripada Tuhan akan tertarik melihat cara anda memuji Tuhan dengan teratur dan kemas. Jadilah berkat kepada penduduk rumah panjang anda yang anda kasihi.
Saya ambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai untuk anda semua. Tuhan mencurahkan berkat kepada anda semua. Amin.

Monday, May 17, 2010