Tuesday, December 28, 2010

Keranamu Dia datang

Bersyukur kepada Tuhan kerana Kasih Tuhan kepada semua umatNya. Topik khotbah masa krismas yang di sampaikan di SIBOG adalah KERANAMU DIA DATANG. Sesungguhnya Yesus datang kedunia kerana kita. Tidak terlintas dalam fikiran manusia anak Allah yang maha kuasa datang ke dunia kerana Dia ingin menyelamatkan kita daripada belenggu dosa.
KelahiranNya menggegarkan semua bangsa, seluruh penghuni istana hingga ke penjaga domba.
Dia datang kepada milik kepunyaanNya sendiri kerana kasih dan belas kasihanNya.
Apakah respon anda bila anda tahu hari ini Dia datang kerana anda?
Marilah kita sama -sama terus dan tetap memuliakan Tuhan dan melayani Tuhan dengan sepenuh hati. Dari manapun anda datang dan kemana pun anda akan pergi percayalah bahawa Yesus datang ke dunia ini kerana anda.