Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu 2012 diraikan dengan meriah di Gereja KEC BM 13May 2012. Semua ibu memakai pakaian yang cantik dan berwarna warni. Teringat aku ibu ku yang telah lanjut usia yg tinggal di kampung. Hampir air mataku menitis kerana mengenang pengorbanan ibu ku membesar dan memelihara kami.
Begitu banyak kenangan manis yang terpahat dalam hati semasa kecil bersama ibu dikampung.
Sebagai hamba Tuhan yang diberi kepercayaan untuk menyampaikan Firman, aku terpaksa menahan air mataku agar tidak mengganggu para hadirin. Setiap kali aku melihat beberapa ibu yang hadir dalam gereja yang sebaya dengan ibu ku, aku teringat betapa besarnya kasih ibu terhadap ku.
Aku berdoa, Tuhan beriku kekuatan agar aku diberi kekuatan untuk meneruskan menyampaikan FirmanMu. Puji Tuhan, aku berjaya menyampaikan Firman dengan pimpinan Tuhan, walaupun seketika aku berhenti kerana ingat kasih ibu. IBU aku mengasihi mu. Engkaulah anugerah yang paling istimewa dalam hidupku.
Lepas kebaktian Beberapa ibu datang mengucapkan terimakasih kepadaku... THANKS PR kerana mendorong dan menyegarkan kami dengan kebenaran Firman Tuhan.  .