Saturday, May 30, 2009

Hanya Yesus sumber kebebasanku

Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi. Galatia 5:1
Kebebasan yang dunia selalu maksudkan adalah bebas daripada kemiskinan, kesusahan atau pun bebas daripada masalah ekonomi global yang tidak menentu. Kebebasan itu adalah kebebasan di luar sahaja dan sementara. Kebebasan yang benar adalah bebas daripada terlalu bimbang dengan semua perkara yang terjadi dalam dan sekeliling hidup kita.  Yesus berkata, Jika Dia membebaskan kita, kita akan benar-benar bebas. Yohanes 8:36
Kebebasan yang sempurna hanya ditemui dalam Yesus Kristus. Dengan itu datanglah kepadaNya dan berseru kepadaNya dan mohon pengampunan, pelepasan dan kebahagiaan. 
"Marilah kepada Ku, hai kamu yang lelah kerana memikul beban  yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu."Matius 11:28.
Apakah anda percaya sepenuhnya akan kebebasan yang Yesus janjikan?
Bagiku dan keluargaku kami percaya sepenuhnya  Janji Nya yang terkandung dalam FirmanNya.   Tuhan memberkati anda. Amin.

Friday, May 29, 2009

bersama ahli iscf smk rosli dhoby
                                        ISCF Camp Sibu-Permainan berfesyen

                                      ISCF SMK ROSLI Dhoby 
ISCF SMK Belaga May 2009;
Mereka menyembah Tuhan dengan sepenuh hati.
Doa agar mereka sentiasa teguh dalam iman dan diberkati dalam pelajaran. 

Wednesday, May 27, 2009

Bersama Penari Tamburin ISCF SMK Belaga
Mereka mempunyai bakat yang luar biasa menari bagi bagi Tuhan
Doa agar mereka terus setia melayani Tuhan, Amin.

Doaku untuk keluargaku

Ya Tuhan yang Maha kuasa yang bertakhta di Syurga. Kami menyembah dan menghormati Engkau setiap hari. Hanya kepadaMu kami berserah, Ya Tuhan. Sesungguhnya Engkau mengasihi, memelihara kami dan mengampuni segala dosa kami. Tuhan pandanglah hamba serta keluarga. Setiap hari hamba berdoa agar Engkau memelihara anak-anak hambaMu yang jauh daripada hamba. Lindungi serta naungilah mereka dengan sayapMu. Doa hambaMu agar mereka tetap setia hidup menurut ajaran FirmanMu dan sentiasa berjalan dalam TerangMu. Jauhkanlah mereka daripada cubaan dan selamatkanlah mereka daripada kuasa kegelapan. Berkatilah mereka dengan segala berkat yang telah Engkau janjikan kepada Abraham, Musa, Yosua dan kepada semua umat Tuhan yang setia kepada PerintahMu.
Dimanapun mereka berada Ya Tuhan, teguhkan dan kuatkan iman mereka.
Dengarlah doa hambaMu. Dalam namaMU hamba berdoa. Amin.

Tuesday, May 26, 2009

Mengampuni

Mampu Mengampuni merupakan inti pati penting untuk membawa kedamaian dan keharmian dalam hidup dan dalam rumah tangga. Mampu 

Friday, May 22, 2009

 
                                                   Keezya-18  tahun yang lalu di Long Bedian

Thursday, May 21, 2009

                                           Bersama iscf smk pakan may 2009

Kisah Nyata Buat Tatapan Bersama

Aku mengenali teman lelakiku  sejak aku masuk kolej. Dia mengasihi aku dengan sepenuh hati, Hampir setiap hari dia sms aku "hanya anda ku kasihi". Bahkan dia hantar roti kegemaran ku setiap hujung minggu, dia juga pernah bawa aku jal-jalan cari makan. Aku mulai yakin dengan cintanya hinggalah aku tak kisah lagi bila dia memberanikan diri untuk memegang tangan ku waktu jalan-jalan. Tetapi pada suatu hari aku terima sms  " persahabatan kita berakhir disini" 
Aku terkejut. Aku sms dia, tanya kenapa? Dia mendiamkan diri dan tidak respons sms ku.
Aku menangis dan sedih. Aku cuba menyelami dan menyelidiki  hati ku sendiri.  a Terlalu kecewa aku dalam seminggu. Puji Tuhan aku menemui jawaban yang indah dalam Alkitab; "Hai anakku aku memilih engkau jadi milik ku"Yesaya 41:9.
     

Tuesday, May 19, 2009

                                            Indahnya mandi di sungai yang masih jernih di ulu pakan 
                                          Mandi bersama di sungai Pakan
                                            Keluarga bersama melayani ISCF SMK Pakan May 2009
                                           Melayani di Pakan, keluarga buat kesaksian May 2009

Kesaksian daripada bekas iscf

Hidup ku hanya untuk Tuhan, tapi mengapa hidup ku penuh dengan cabaran yang tak mampu ku tanggung. Aku akan pulang ke kampung halaman membawa hati dan perasaan yang penuh dengan kekecewaan. Aku gagal uncle, aku gagal, aku kecewa kerana terlalu sedih dengan segala yang terjadi dalam hidup ini.  Kekasihku menfitnahkan aku, dia hantar sms kepada keluarga ku bahawa aku telah tidur dengan lelaki dari kampung lain. Bapa dan mak amat marah kepada ku. Aku terlalu malu, amat malu uncle.    Puji Tuhan, aku amat menghargai uncle yang selalu mengingat aku dengan janji Tuhan dalam Firman. Tanpa Firman Tuhan mungkin aku ini tidak lagi dekat dengan umat Tuhan yang lain menyembah dan memuliakan Tuhan.  Saya ingin dorong semua teman-teman seiman yang menghadapi masalah seperti aku, jangan lari daripada Tuhan, kembali kepada Tuhan kerana Dia sentiasa menyambut kita dalam pangkuanNya. 
"Marilah kepadaKu , hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu" Matius 11:28 
 

Monday, May 18, 2009

Tuhan beri ku hati dan fikiran yang baru

Hati dan fikiran kita  perlu diperbaharui. Hanya Tuhan dapat melakukan perubahan dalam hati dan fikiran manusia. Tuhan pernah perjanji dalam Alkitab bahawa Dia akan memberi hati dan fikiran yang baru kepada manusia [Yehezkiel 11:19]. Tetapi ramai pelajar yang pernah dilayani tidak faham maksud  hati dan fikiran yang baru. Pelajar yang setia mengikuti perjumpaan ISCF dan mengikuti aktiviti ISCF harus memiliki hati dan fikran yang baru agar dapat menjadi terang dan garam di sekolah. Tanpa hati yang baru dan fikran yang baru perasaan tidak puas dan perasaan marah akan menawan hati dan fikiran. Jika di biarkan berlarutan  akan membawa kepada kemusnahan roh, jiwa bahkan tubuh. Dengan itu mohon Tuhan memperbaharui hati dan fikiran anda setiap hari. Persembahkanlah seluruh hidup anda kepada Pencipta anda. Tuhan pasti gembira bila umat ciptaanNya rindu akan hati dan fikiran yang baru.   Hati yang baru dan fikiran yang baru mudah menerima teguran dan menghargai segala dorongan . Tuhan berkati anda. Amin     
                                               Keezya gembira dengan ikan dd tangkap 18 tahun yang lalu    

                                              bersama di Ulu Baram 1997,   

Thursday, May 14, 2009

Indahnya Firman Tuhan

Taurat Tuhan itu sempurna menyegarkan jiwa;  peraturan Tuhan itu teguh memberikan hikmat kepada orang yang tidak berpengalaman. Titah Tuhan itu tepat, menyukakan hati, perintah Tuhan itu murni membuat mata bercahaya.  Takut akan Tuhan itu suci, tetap ada untuk selama-lamanya, hukum-hukum Tuhan itu benar adil semuanya, lebih indah dari pada emas bahkan daripada banyak emas tua; dan lebih manis dari pada madu, bahkan daripada madu tetasan dari sarang lebah. 
 Mazmur 19:8-11
Dengan itu baca dan renunglah Firman Tuhan setiap hari. Pelayanan Scripture Union Sarawak mempunyai bahan bacaan renungan Alkitab setiap hari, sila hubungi  staff Scripture Union berhampiran anda. Terimakasih. Tuhan berkati.
                                                   DD & Beb berdiri dekat pokok cari ketenangan 
                                              Menyampaikan kesaksian peribadi
                                           Mujan & Keezya lepas Mujan temuduga di Miri May 2009 

Know the reality of life in God

There's a purpose to life's events that happen in your life, to teach you how to laugh more or not to cry too hard. Everything that happen arround you too have a purpose.
Indeed you can't make someone love you no matter how  much you love him. All you can do is to be someone who can be loved and able to relate with someone with the true meaning  of love
 [1 Corinthians 13:4-7] ; and the rest is up to the person to understand your love for God and exercise the true meaning and function of love.  As for you who have shared your problems with me in regards to the reality that you have encountered, please believe that God has something in mind for you. When you feel down because your boy friend look for other girls may seem better than you or because you did not get what you want, just wait for God, may be God has thought of wonderful things much better for you. My dear child whenever somethings happens to you, happy or sad, good or bad, or success or fail consider  what it means and ask God to comfort you and strengthen you. [1 Corinthians 1:8] .         

Wednesday, May 13, 2009


                                            Penuntut STP Belaga pimpin penyembahan may 2009
                                                Tamborine dancers of  ISCF SMK Belaga
                                                         ISCF SMK Belaga May 2009

Monday, May 11, 2009

Blessings

God promises to pour out blessings on his people. These blessings may be material, success in studies, but his primary blessings are spiritual blessing. For example, even though  Abraham was weathy, the blessing given to Abraham [Genesis 3:14, that counted most was justification through faith. God does not promise his people unending health and wealth or success. In fact, the Old Testament saints often experienced the opposite, and New Testament  contains numerous predictions of suffering for followers of Christ. We experience a unique peace and joy in the daily moments of our lives, even while surrounded by trails and sufferings, and in the end we receive God's eternal blessings stored up for us, the blessings of etrenal life in God's community of perfect love and justice. Amen.   

Thursday, May 7, 2009

Compassion

The God of the Bible is a compassionate God, who feels with us in our hurts and needs and takes appropriate steps to help us. He designed great things for his peoples because of his compassionate heart for us.    

Our Lord responds to our suffering with a heart bursting with deep love, with a compassion that moves him to step in to our lives. He died on the cross for our sins. He cares for all of us. In imitation of him, we are to respond to needy people around us with a compassion that cares enough to become involved in the lives of others in the ministry whereever we are.

I just want to assure you that our God is gracious and compassionate God, slow to anger and abounding in love for us.   Lets us serve the Lord with compassionate heart.  God loves you.     

Iman

Iman mempunyai 2 aspek: 
1. Mempunyai pengetahuan  tentang Allah dan Kristus. Iman seperti ini saja tak cukup kerana satan pun ada pengetahuan tentang Tuhan. Ramai muda-mudi sekarang hanya mempunyai pengetahuan tentang Tuhan tapi tidak yakin sepenuhnya tentang kebenaran.
2. Mempunyai iman yang teguh hanya kepada Yesus Kristus dan percaya segala perbuatan dan pengorbananNya di kayu salib, serta yakin sepenuhnya bahawa hanya  anugrahNya kita telah di selamatkan. Apakah anda mempunyai iman seperti ini?

Iman yang benar  merupakan anugrah Allah bila kita mendengar FirmanNya dan mengubah kita menjadi pelaku Firman Tuhan. Iman yang benar tentu akan menghasilkan buah untuk melakukan pekerjaan Tuhan. 

Surat Yakobus katakan iman tanpa perbuatan yang muliakan Tuhan adalah sia-sia.
Apakah iman anda hari ini disertai dengan perbuatan yang menyenangkan Tuhan?  

Pemimpin

Alkitab mengandungi ramai contoh pemimpin dalam perjanjian lama. Allah angkatkan pemimpin seperti Musa, Jusua para hakim-hakim dan raja-raja untuk membawa umat Israel dekat kepada Tuhan. Kuasa yang mereka miliki adalah daripada Allah. Begitu juga dalam perjanjian Baru, Tuhan melantik Rasul-rasul dan pemimpin gereja untuk memimpin umat Tuhan melakukan kehendak Tuhan. 

Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang memimpin dengan penuh kasih seperti Yesus. Dia telah meletakkan asas penting untuk setiap pemimpin hari ini untuk di perhatikan dan laksanakan.
Dia melayani dengan rendah hati hingga mati di kayu salib untuk dosa manusia. Bagi kita yang dipimpin pula harus menghormati pemimpin yang Tuhan telah lantik bagi kita. Tanpa sokongan kita yang menjadi pengikut rancangan yang dimulakan oleh pemimpin tidak akan berjaya. 

Dengan itu saya menyeru setiap pemimpin dalam pelayanan ISCF / Muda-mudi, jadilah pemimpin yang setia melayani dengan kasih begitu juga anda yang menjadi ahli ISCF dan anggota muda-mudi harus melakukan tanggungjawab anda dengan mentaati semua arahan pemimpin dengan setia.   
Tuhan memberkati anda semua. Amin