Wednesday, December 16, 2009

Message Krismas 2009

Selamat Hari Krismas untuk semua umat Tyhan yang merayakan Krismas setiap tahun.
Krismas adalah Perayaan utama bagi umat Kristian. Ribuan orang akan pulang ke kampung halaman seperti masa perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Gawai dan deepavali.
Bagi orang yang telah percaya kepada Yesus Kristus, Krismas sungguh istimewa bagi mereka. Mereka yakin bahawa Yesus telah datang ke dunia, dilahir melalui seorang perempuan dara bernama Maria. Alkitab mencatitkan bahawa Dialah yang membawa damai, kebebasan, pengampunan dan keselamatan.
Mari kita rayakan kelahiran Yesus dengan hati yang penuh dengan sukacita. Jadilah perayaan Krismas untuk mengingat kita tentang Kasih Tuhan yang tidak pernah berkesudahan. Hanya Dialah yang layak menerima segala pujian dan hormat daripada semua umat tebusanNya.

Thursday, December 10, 2009

Pengetahuan

Dalam kehidupan semua manusia ingin dan miliki pengetahuan. Pengetahuan bukan hanya berjaya dalam pelajaran tetapi bijak mengemudikan kehidupan untuk menikmati kedamaian dan kesejahteraan.
Dalam Alkitab memberi kita harapan dan panduan untuk memiliki pengetahuan untuk menjadikan hidup kita penuh dengan kebahagiaan dan kemakmuran.
I. Hormat dan takut kepada Tuhan [Amsal 1:7]
II. Mengenal Tuhan yang Maha Suci [Amsal 9:10]
III. Mentaati perintah Tuhan [Mazmur 111:10]
IV. Meninggalkan kejahatan [Ayub 28:8]
Sesungguhnya pengetahuan yang Tuhan berikan mampu mengubah hidup anda menjadikan anda sentiasa menyenangkan Tuhan dan manusia.

Wednesday, December 9, 2009

Bersama" former ISCF" melawat ISCF SMK Bintangor
Penari rebana iscf smk belaga 2009

Friday, December 4, 2009

Blessed Christmas 2009

God sent His one and only Son to the world, born of a woman, to save and redeem us from the bondage of sins. Indeed Jesus' birth that we celebrate every Christmas was at the heart of God's plan to restore our relationship with our heavenly Father.
Wish you and your family " Blessed Christmas 2009 and Happy New Year 2010".

Tuesday, December 1, 2009

Perubahan yang benar

Shallom- Sebagai hamba Tuhan yang melayani diantara muda-mudi yang sedang menuntut di sekolah menengah, hasrat hati ini adalah untuk melihat mereka berubah. Efesus 4:17 katakan "Oleh itu , demi nama Tuhan aku memberi amaran ini: Jangan kamu hidup seperti orang yang tidak mengenal Allah, yang berfikiran sia-sia". Maksudnya setiap orang yang percaya kepada Yesus, harus hidup menurut kehendakNya dan melakukan perbuatan yang mulia.
Ketahuilah sebaik sahaja kita menerima Yesus dalam hidup kita, kita menjadi anakNya [Yohanes 1:12]. Kita tidak mungkin suka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berkenan di hadapan Tuhan.
Apakah anda telah berubah?
Doa dan harapan saya adalah agar setiap remaja yang telah menyambut Yesus dalam hidup mereka berubah dan menjadi pengikut Yesus yang setia. Amin.