Wednesday, December 16, 2009

Message Krismas 2009

Selamat Hari Krismas untuk semua umat Tyhan yang merayakan Krismas setiap tahun.
Krismas adalah Perayaan utama bagi umat Kristian. Ribuan orang akan pulang ke kampung halaman seperti masa perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Gawai dan deepavali.
Bagi orang yang telah percaya kepada Yesus Kristus, Krismas sungguh istimewa bagi mereka. Mereka yakin bahawa Yesus telah datang ke dunia, dilahir melalui seorang perempuan dara bernama Maria. Alkitab mencatitkan bahawa Dialah yang membawa damai, kebebasan, pengampunan dan keselamatan.
Mari kita rayakan kelahiran Yesus dengan hati yang penuh dengan sukacita. Jadilah perayaan Krismas untuk mengingat kita tentang Kasih Tuhan yang tidak pernah berkesudahan. Hanya Dialah yang layak menerima segala pujian dan hormat daripada semua umat tebusanNya.

No comments:

Post a Comment