Friday, July 31, 2009

Tip Sedia Khotbah untuk muda-mudi/ISCF

Oleh Doa dan sokongan anda Saya mampu melayani dalam pelayanan ISCF sehingga hari ini [ 12 tahun]. Saya nak kongsi tip yang sederhana untuk sediakan khotbah terutama sekali kepada  muda-mudi / ISCF; [khotbah 15-20 minit]

1, Baca teks yang akan di khotbah itu berulang kali mengguna terjemahan Alkitab yang berbeza.

   [bahasa malaysia/indonesia/iban/english]

2, Fikir serta renung perkara yang jelas dan  yg menarik perhatian anda dalam teks tersebut.

3.Lihat rujukan lain yang berkaitan dengan ayat tersebut agar anda lebih memahami maksudnya.

4. Bentuk satu pelajaran khotbah yang mudah di fahamkan  agar mereka senang menerimanya. [Ingat masa khotbah terhad di sekolah]

5. Tetap fokos kepada perkara yang anda ingin mereka lakukan dalam kehidupan. [Bertobat/berubah/bersaksi/ komited dalam pelayanan] dan sebagainya.

Thursday, July 30, 2009

Penceramah yang berkesan

Sebagai penyampai kebenaran kita semua  harus perhati perkara berikut. Kita di panggil untuk menyampaikan kebenaranNya  dengan cekap terutama sekali kepada anak muda yang mudah mengkritik bahkan mudah ketawa jika sesuatu tidak berkenan pada pandangan mereka. 

1. Kita harus tahu tentang topik  yang di sampaikan dengan jelas.

2. Khotbah  harus disampaikan dengan  teratur dan tersusun  serta menarik. Jika menggunakan Komputer atau LCD pastikan ia berfungsi dengan baik.

3, Pakaian haruslah kemas dan sesuai dengan budaya tempat tersebut. 

4. Pastikan sebutan mengenai perkataan yang jarang di gunakan betul supaya tidak menjejas kelancaran penyampaian.

5. Jangan lupa DOA sebelum berdiri di hadapan! Penting.

 

Monday, July 27, 2009

Kasih Anugrah Tuhan

Tuhan mengasihi serta menyayangi umat tebusanNya. Dia tidak pernah mengingat segala kesalahan dan keangkuhan kita. Dia panjang sabar dan penyayang. Dia mengampuni segala kesalahan dan dosa kita.
Namun begitu apakah kita terus melakukan sesuatu menurut kehendak kita kerana Tuhan baik? Dalam Roma 6:1-2 menyatakan apakah kita terus melakukan dosa agar kasih Tuhan semakin melimpah dalam hidup kita? Tentunya tidak. Tidak mungkin orang yang telah percaya kepada Tuhan sengaja melakukan sesuatu yang tidak baik.
Adalah baik agar setiap anak muda khususnya pelajar kristian sentiasa mengharumkan nama sekolah, nama ibubapa dan guru bahkan nama mereka dalam semua aspek hidup sebagai pengikut Kristus.

Walk in the Ways of the Lord

Jesus said, "I am the way and the truth and the life. No one comes
to the Father except through me" John 14:6,
In Hosea 14:9b says " The ways of the Lord are right; the righteous walk
in them, but the rebellious stumble in them.
Whenever we walk faithfully along the ways of the Lord
we will reach to our eternal destiny.
Pray and ask Him to lead and guide us all through the trials and hardship.
Watch out for ways that lead to destruction!
Just walk through the ways that He has provided for us [John 14:6].

Tuesday, July 7, 2009

Bersama keluarga melayani khemah ISCF tahun 2003.

Tuhan memberi kekuatan bila kita perlukan. Datang kepada Tuhan dalam doa agar mengetahui bagaimana anda melayani Tuhan dengan efektif serta berkesan untuk tujuanNya.



Tuhan menyertai kita dalam semua Pelayanan

Bila Tuhan memanggil dan memberi anda pelayanan dan tugas untuk di laksanakan, Dia akan melengkapi anda dengan segala kemudahan dan keperluan untuk mencapai tujuan pelayanan tersebut. Anda akan dikuatkan dengan kasih anugerah Tuhan melalui Yesus Kristus.
Tuhan mungkin memberi anda pelayananan untuk menjaga kebersihan gereja, mengajar sekolah minggu, memandu van gereja, bermain musix, penari rebana, mengurus laptop/LCD dalam gereja, pemimpin gereja, pelayanan ISCF, pastor gereja, menginjil ke pendalaman dan sebagainya. Ketahuilah apapun pelayanan yang anda lakukan, Dia tetap menyertai anda dan melengkapi anda dengan segala karunia dan kebolehan untuk melaksanakan pelayanan dengan efektif untuk kemuliaanNya.

Jika anda mulai merasa tidak berdaya bahkan mula tidak selesa atau putus asa untuk melayani, berlutut di hadapan Tuhan mohon kuasa anugerahNya melalui Roh Kudus untuk menyegarkan anda untuk terus melayani. Jika ada masalah, tekanan dan beban jangan letakkannya di atas bahu anda sendiri atau simpan masalah itu dalam diri anda seorang; kongsikan dan mohon bantuan doa daripada rakan seiman. Jangan mudah mengaku tidak mampu, sesungguhnya Dia yang memanggil anda akan pasti menyertai anda hingga ke akhir zaman. Matius 28:19-20.

Tuhan tahu anda mampu kerana Roh Kudus yang dalam hidup anda memampukan anda.
Kuasa RohKudus yang dalam diri anda membolehkan anda bangkit dan terus melayani hingga masa Dia kata " engkaulah hambaku yang setia" marilah bersamaKu dalam KerajaanKu.

Tuhan menyertai kita dalam pelayanan

Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Yohanes 15:5b

Buah betik di belakang rumah kami di Sibu- Kami bersyukur kepada Tuhan kerana Janji Tuhan itu benar dan pasti dapat dipercayai. Oleh Kasih dan anugerahNya anak kami diberkati dengan luar biasa!

Jadikan kehendak Tuhan menjadi agenda pertama dalam Kehidupan

Apa maksudnya kita mengikut kehendak Tuhan? Yang pasti kita menurut perintah Firman Tuhan yang terkandung dalam Alkitab. Dalam kehidupan orang kristian sering sekali kita mendengar kenyataan tersebut. Berikut merupakan panduan untuk anda yang mulai jauh daripada tempat kebiasaan anda agar sentiasa peka dengan kehendak Tuhan dan bertekad untuk terus hidup menurut kehendak dan pimpinan Tuhan.
1. Bersekutu dengan orang yang mempunyai prinsip iman yang sama kepada Tuhan.
2. Mendengar nasihat dan teguran daripada pastor, pemimpin gereja, ibubapa dan guru.
3. Menjadi ahli gereja setempat dimanapun anda berada.
4. Melibatkan diri dalam program kerohanian bila peluang di berikan.
5. Tetap bersandar kepada Tuhan dalam apapun keadaan.

Bila anda melakukan perkara tersebut anda tidak akan merasa sunyi . Anda bukan jalan keseorangan dalam kehidupan, anda akan dikelilingi serta di temani oleh umat Tuhan yang mengasihi anda dalam masyarakat. Dalam erti kata yang lain, anda menjadi ahli keluarga besar dalam Tuhan. Mereka akan sedia dan rela mengambil berat tentang keperluan fisikal dan rohani anda.
Bila kita tetap mengikuti kehendak Tuhan dalam kehidupan, kita akan menikmati kebaikan, kemurahan serta berkat Tuhan yang tidak berkesudahan.