Thursday, October 25, 2012

Kisah Paling Manis

 Pada 28September 2012 sepasang suami isteri  menginap disebuah hotel terkemuda di Bandar kerana tidak ada  tempat untuk menginap pada malam itu kerana semua hotel yang berdekatan dengan bus terminal sudah ditempah.  Ini merupakan kali pertama dalam sejarah hidup  pasangan ini  tinggal di hotel 5 Bintang. Saat indah mereka  bersama  pada malam itu  tidak mereka lupakan dan membuat mereka semakin mengasihi satu sama yang lain.  Bilik tempat mereka tinggal pun mereka tetap ingat kerana belum pernah tinggal dalam Hotel berkelas 5 Bintang. [Bilik 1018].  Mereka berdoa mohon Tuhan nyatakan kasihNya dalam hidup mereka sebelum mereka check out. 
    
             

Saat Indah Di Kanada

24.10.2012  pada pukul 7.00pagi, mereka naik ke bukit canada, di sana mereka melihat keindahan alam semulajadi yang indah bersama sambil bercerita dalam kereta.  Masa dalam kereta mereka bercerita tentang kisah silam dan kisah manis yang pernah mereka lalui. Mimpi manis dan pahit yang mereka alami dikongsi bersama. Kemesraan dan kasih yang terjalin dalam kehidupan mereka tidak siapapun yang tahu. Hanya Tuhan yang tahu. Mereka mengasihi satu sama yang lain. Mereka sentiasa menjaga dan memelihara cinta yang telah wujud dalam hati mereka. Mereka berjanji untuk memelihara cinta yang dalam hati mereka sehingga kematian memisahkan. Pada pagi itu mereka memeluk satu sama yang lain serta mengatakan " LOVE U SO MUCH". 
 Dari atas bukit itu mereka kata dalam apapun keadaan hidup mari  sama-sama  mengasihi satu sama yang lain, mendorong dan mengampuni satu sama yang lain.    
Masa pagi itu  amat cepat berlalu hingga  hampir lupa  beli sayur dan kueh yang telah dipesankan.  
Mereka pulang dari sana dengan penuh kepuasan melihat keindahan alam dari atas bukit dan melafazkan janji ingin tetap mengasihi, mengampuni dan melayani satu sama yang lain dengan kasih sejati.