Monday, May 18, 2009

Tuhan beri ku hati dan fikiran yang baru

Hati dan fikiran kita  perlu diperbaharui. Hanya Tuhan dapat melakukan perubahan dalam hati dan fikiran manusia. Tuhan pernah perjanji dalam Alkitab bahawa Dia akan memberi hati dan fikiran yang baru kepada manusia [Yehezkiel 11:19]. Tetapi ramai pelajar yang pernah dilayani tidak faham maksud  hati dan fikiran yang baru. Pelajar yang setia mengikuti perjumpaan ISCF dan mengikuti aktiviti ISCF harus memiliki hati dan fikran yang baru agar dapat menjadi terang dan garam di sekolah. Tanpa hati yang baru dan fikran yang baru perasaan tidak puas dan perasaan marah akan menawan hati dan fikiran. Jika di biarkan berlarutan  akan membawa kepada kemusnahan roh, jiwa bahkan tubuh. Dengan itu mohon Tuhan memperbaharui hati dan fikiran anda setiap hari. Persembahkanlah seluruh hidup anda kepada Pencipta anda. Tuhan pasti gembira bila umat ciptaanNya rindu akan hati dan fikiran yang baru.   Hati yang baru dan fikiran yang baru mudah menerima teguran dan menghargai segala dorongan . Tuhan berkati anda. Amin     

No comments:

Post a Comment