Tuesday, May 19, 2009

Kesaksian daripada bekas iscf

Hidup ku hanya untuk Tuhan, tapi mengapa hidup ku penuh dengan cabaran yang tak mampu ku tanggung. Aku akan pulang ke kampung halaman membawa hati dan perasaan yang penuh dengan kekecewaan. Aku gagal uncle, aku gagal, aku kecewa kerana terlalu sedih dengan segala yang terjadi dalam hidup ini.  Kekasihku menfitnahkan aku, dia hantar sms kepada keluarga ku bahawa aku telah tidur dengan lelaki dari kampung lain. Bapa dan mak amat marah kepada ku. Aku terlalu malu, amat malu uncle.    Puji Tuhan, aku amat menghargai uncle yang selalu mengingat aku dengan janji Tuhan dalam Firman. Tanpa Firman Tuhan mungkin aku ini tidak lagi dekat dengan umat Tuhan yang lain menyembah dan memuliakan Tuhan.  Saya ingin dorong semua teman-teman seiman yang menghadapi masalah seperti aku, jangan lari daripada Tuhan, kembali kepada Tuhan kerana Dia sentiasa menyambut kita dalam pangkuanNya. 
"Marilah kepadaKu , hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu" Matius 11:28 
 

No comments:

Post a Comment