Saturday, May 30, 2009

Hanya Yesus sumber kebebasanku

Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi. Galatia 5:1
Kebebasan yang dunia selalu maksudkan adalah bebas daripada kemiskinan, kesusahan atau pun bebas daripada masalah ekonomi global yang tidak menentu. Kebebasan itu adalah kebebasan di luar sahaja dan sementara. Kebebasan yang benar adalah bebas daripada terlalu bimbang dengan semua perkara yang terjadi dalam dan sekeliling hidup kita.  Yesus berkata, Jika Dia membebaskan kita, kita akan benar-benar bebas. Yohanes 8:36
Kebebasan yang sempurna hanya ditemui dalam Yesus Kristus. Dengan itu datanglah kepadaNya dan berseru kepadaNya dan mohon pengampunan, pelepasan dan kebahagiaan. 
"Marilah kepada Ku, hai kamu yang lelah kerana memikul beban  yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu."Matius 11:28.
Apakah anda percaya sepenuhnya akan kebebasan yang Yesus janjikan?
Bagiku dan keluargaku kami percaya sepenuhnya  Janji Nya yang terkandung dalam FirmanNya.   Tuhan memberkati anda. Amin.

No comments:

Post a Comment