Monday, September 21, 2009

Kebaikan Tuhan

Puji Tuhan diatas kebaikan Tuhan sepanjang Seminar pemuridan ISCF/Muda-mudi di ulu Pakoh pada 18-20Sept 2009. Seramai 45 pelajar daripada 4 buah sekolah hadir dalam seminar tersebut. Tuhan melindungi semua peserta dalam perjalanan. Kami menumpang perahu panjang selama 1 jam 45 minit untuk sampai ke tempat seminar di adakan. Sambutan penduduk rumah panjang amat mendorongkan.
Semua Peserta mempunyai displin yang tinggi sepanjang seminar diadakan. Semua mereka berhasrat untuk melayani Tuhan dengan aktif dalam hidup muda mereka. Bersyukur kepada Tuhan kerana mencukupi semua keperluan makanan dan minuman. Bila memperhatikan respon peserta dan penduduk rumah panjang saya boleh katakan
tujuan seminar tersebut tercapai . Sesungguhnya Tuhan baik kepada kita. Yang penting lakukan segala sesuatu dengan hati yang tulus ikhlas dan kembalikan semua pujian dan kejayaan kepada Tuhan yang memanggil kita dalam pelayananNya.

No comments:

Post a Comment