Wednesday, January 20, 2010

Kasih dan belas kasihanNya Nyata

Puji Tuhan, pada 16Januari 2010, saya bersama anggota Gereja EPCC penang melawat seorang rakan mereka sakit di hospital di Penang. Seorang pesakit yang bersama teman meraka tu sakit kanser bangsa cina beragama budhist. Selepas kami mendoakan teman mereka yang sakit ketua rombongan kata kepada saya, kita akan doa lelaki cina itu nanti. Kira kira 15 minit lepas doa teman mereka saya menghampiri pesakit kanser itu, saya tanya "apakah kamu percaya Yesus yang menjadi Juruselamat Dunia? Dengan segera dia kata, Ya, saya percaya. Mahu kah kamu hari ini menerima Dia dalam hidup mu? Dia jawab ya. Puji Tuhan. Isterinya pun amat gembira. Kami semua memuji Tuhan serta berdoa untuk dia. Bagi saya amat jarang orang budhist dengan hati terbuka menyambut Yesus dalam hati seperti itu. Nyata sekali Kasih Yesus dan belas kasihanNya tetap untuk selama-lamanya. Itu merupakan detik indah dan kenangan yg paling istimewa saya ke Penang. Marilah kita terus bersaksi tentang Yesus dimana sahaja kita pergi.
Segala kemuliaan dan hormat hanya untuk Tuhan. Amin

No comments:

Post a Comment