Monday, February 15, 2010

Membangun Pelayanan ISCF

Bersyukur kepada Tuhan kerana kita diberi peluang untuk terus melayani dalam ISCF. Namun begitu kita yang terlibat secara langsung dalam pelayanan ini haruslah sentiasa memberi sokongan padu kepada segala aktiviti sekolah. Jika dapat terlibat, libatkan diri dengan sukarela dan gembira. Begitu juga dengan program tahunan sekolah, kita perlu tahu perkembangan sekolah agar kita dapat mennyentuh perkara tersebut dalam khotbah bersama ISCF. Hormati segala peraturan di sekolah. Jika peraturan berubah dan melarang kita melayani ISCF, kita tidak perlu buat bantahan dengan perasaan tidak puas hati, tapi dengan penuh kesabaran doa dan minta penglibatan kuasa Tuhan. Saya yakin bila kita melakukan pelayanan dengan sepenuh hati dan menurut panduan Tuhan pasti pelayanan ISCF terus membangun demi kemuliaan Allah. Tuhan berkati semua yg terlibat dalam pelayanan ISCF.

No comments:

Post a Comment