Aku seorang yang berdosa dan terlalu malu nak menghadirkan diri dalam pertemuan orang kristian. Aku rasa diri ku terlalu hina. Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain, dan aku pula balas dendam dengan mencari lelaki lain. Betapa malunya aku bila orang tua ku tahu kisah keluargaku. Kami telah mendirikan rumah tangga sejak 4 tahun yang lalu. Suami ku menuntut cerai aku pula kata tinggalkan aku saja. Kini aku sedar perbuatan ku terlalu keji dan aku cukup malu. Aku malu! Dapatkah Tuhan mengampuni aku pastor??? Pastor rujuk Mazmur 51 dan 103 untuk aku. Aku mulai sedar betapa besar kasih Allah kepadaku. Dia mengampuni segala kesalahan ku. Aku rasa lega selepas membaca dan merenung Teks tersebut berulangkali.. Kepada sesiapa yang mengalami situasi tersebut, kembali kepada Tuhan dan mohon pengampunan. Baca janji Tuhan dalam FirmanNya. Dia mengasihi dan mengampuni. Aku bersyukur kepada hamba Tuhan yang membimbing aku.
[kesaksian daripada bekas pelajar yang sangat mengasih Tuhan masa ISCF ]. Di benarkan untuk tulis dalam blog ini untuk renungan bersama. Saudari ini telah berjaya dalam pelajaran dan bekerja dalam jabatan kesihatan
No comments:
Post a Comment