Tuesday, April 21, 2009

Identiti anda dalam Yesus
Yakinlah dan percayalah kepada janji Tuhan bahawa anda memiliki identiti yang mulia dalam Tuhan. Berikut adalah sebahagian daripada perkara yang wajib anda tahu dan patut bangga.
1. Anda jadi anak Tuhan -Yohanes 1:12
2. Anda jadi sahabatNya- Yohanes 15:15
3. Anda telah berdamai dalam kasihNya-Roma 5:1
4. Anda kepunyaan Tuhan -1 Krintus 6:20
5. Anda sempurna dalam Kristus- Kolose 2:10

Bila merenung dan melihat janji Tuhan dan kebenaran tersebut anda harus menggunakan seluruh hidup anda untuk menyenangkan Tuhan. Hanya dalam FirmanNya anda mengetahui bahawa anda terlalu berharga di hadapan Tuhan. Jika anda merasakan hidup anda penuh dengan kekurangan bahkan kurang menyerlah dalam banyak perkara ingatlah dan renunglah janjiNya. Ia pasti memberi anda kekuatan dan penghiburan.

No comments:

Post a Comment