Monday, April 20, 2009

Mesej untuk ISCF sempena "Good Friday & Easter Sunday" 2009
Puji Tuhan setiap tahun umat Tuhan ingat dan merayakan kematian dan kebangkitan Yesus. Dia mati kerana kerana dosa kita, Dia tidak rela melihat anda dan rasa binasa, melalui kematianNya dosa di hapuskan dan diampunkan. Oleh kerana kematianNya manusia telah diperdamaikan dengan Tuhan. Anda boleh bertemu dengan Dia setiap masa melalui doa dimana pun anda berada.
KebangkitanNya memberi anda kepastian bahawa ada kehidupan selepas kematian. Dia bangkit memberi harapan untuk setiap orang yang berseru kepadaNya akan dibangkit serta diselamatkan. Dari kekal ke kekal Yesus lah harapan untuk setiap manusia mendapat hidup kekal kerana kuasa kebangkitanNya.
Kematian dan kebangkitan Yesus merupakan kunci penting dan dasar utama bagi kehidupan setiap orang Kristian. Dengan itu mari kita bersama-sama bergandingan tangan memberi yang terbaik untuk Tuhan terutama sekali dalam pelajaran. Akuilah sepenuhnya bahawa Yesuslah Jalan, Kebenaran dan Kehidupan untuk kehidupan peribadi anda. Amin

No comments:

Post a Comment