Monday, October 19, 2009

Inti Pati Pelayanan SU~ISCF

Segala pujian dan kemuliaan kita beri kepada Tuhan kerana sesungguhnya begitu ramai remaja telah mendengar Injil tentang Yesus dan menerima Dia sebagai Tuhan dan juruselamat melalui Pelayanan SU~ISCF. Bahkan ramai remaja yang telah dilayani dalam ISCF telah menjadi Pemimpin dalam semua bidang pelayanan Tuhan hari ini. Selain daripada itu mereka telah menjadi saksi Kristus yang amat berkesan kerana ada perubahan dalam perbuatan, kelakuan dan ucapan. Umat Tuhan yang telah menjdi milikNya harus menjadikan mereka berusaha berbuat baik [Titus 2:14]
Ketahuilah Matlamat Pelayanan SU adalah untuk memperkenalkan Yesus kepada remaja dan mendorong mereka membaca Firman Tuhan serta merenungkannya siang dan malam seperti kenyataan dalam Mazmur 1:1-3.
Kerinduan kami agar semua remaja yang telah dilayani terus bertumbuh dalam iman dan menjadi matang dalam Tuhan serta komited untuk melayani Tuhan dimana sahaja mereka berada pada masa kini dan pada masa akan datang.
Tuhan memberkati semua remaja yang telah menyertai program ISCF.

No comments:

Post a Comment