Wednesday, October 14, 2009

Tujuan Tuhan yang mulia

Segala puji syukur ku berikan kepada Tuhan yang mengasihi aku, kepada pastor dan teman yang memimpin aku ke jalan yang benar. Seminggu sebelum ISCF camp diadakan di ulu pakoh aku mempunyai masalah yang amat sukar dimengertikan. Aku hampir menuju ke jalan yang membawa aku semakin jauh daripada kebenaran bahkan hampir melangkah ke jalan menuju kehancuran. Aku tak ada harapan untuk menikmati kebahagiaan dalam hidup.
Betapa indahnya Tuhan, Dia memanggil aku pulang untuk mengikuti jalan yang Dia telah sediakan untuk aku lalui. Firman Tuhan yang terdapat dalam Yesaya 30:21, seperti ada suatu suara dari belakangku yang panggil aku kembali ke jalan Tuhan.
Tuhan tak pernah tinggalkan aku. Oh Tuhan begitu indahnya rencanamu dalam hidup ku. Ini pengakuanku kepada Tuhan. "Ya Tuhan, hidupku hanya untukMu" Melalui pelayanan ISCF aku sedar bahawa hanya dalam Yesus aku menemui Jalan yang membawa kebahagiaan.
Terimakasih pastor kerana melayani ISCF. Aku amat menghargai bimbingan pastor.
[kesaksian seorang pelajar mengikuti iscf camp 2009]

No comments:

Post a Comment