Wednesday, January 16, 2013

Kisah indah Tahun 2012

Untuk renungan semua pasangan yang hidup bersama dimanapun anda berada.. Kisah ini hanya rekaan semata mata agar anda dapat memahami perasaan pasangan yang ingin hidup bersama tetapi tidak dapat kerana perkara yang tidak dapat dielakkan [budaya bahasa, pangkat, keadaan berbeza]
Hampir 26 tahun tidak berjumpa, dengan kebaikan dan anugerah Tuhan pasangan ini bertemu pada April 2011 dan seterusnya mereka semakin rapat dan saling mendorong satu sama yang lain. Sepanjang Tahun 2012, pasangan ini bertemu setiap minggu dan berbual setiap hari menggunakan skype.
Mereka tetap mengasihi satu sama yang lain kerana mereka sedar sebenarnya mereka diciptakan untuk hidup bersama. Sejak mereka remaja di bangku sekolah keduanya berjanji untuk hidup bersama selama-lamanya. Namun mereka berpisah kerana tugas.
Dalam setiap pertemuan mereka, mereka  selalu berbual tentang kisah lampau dan juga sentiasa mendorong satu sama yang lain dalam kehidupan. Mereka juga  sedar mereka tidak mungkin dapat hidup bersama kerana perkara yang sukar dielakkan.
Dalam Tahun 2012 lah pasangan ini merapatkan perhubungan mereka dengan semakin rapat. Perasaan dan isi hati mereka dikongsi bersama. Tidak ada satupun perkara dalam kehidupan disembunyikan. Semua diceritakan dan dibongkarkan. Setiap pertemuan mereka  menyatakan mereka memerlukan belaian dan sentuhan dan pelukan satu sama yang lain. Hampir setiap pertemuan pasangan ini mereka berjanji ingin setia sampai mati. Dalam setiap[ pertemuan dan peluang untuk bersama mereka memeluk satu sama yang lain dan mengatakan " AKU MENGASIHIMU". Aku cinta padamu...... dan mereka memeluk satu sama yang lain, hampir tidak mahu berpisah setiap kali bertemu. Tahun 2012 Tahun yang tidak dapat dilupakan oleh pasangan ini kerana sepanjang Tahun 2012 mereka mengambil setiap peluang dan ruang utk bertemu, makan bersama, minum bersama bahkan duduk bersama bercerita dan menikmati kasih yang pasangan ini perlukan.
Mereka berkata, TAHUN 2012 Tahun kemuncak perhubungn percintaan mereka. Entah bila mereka dapat hidup bersama? Mereka hanya berserah kepada Tuhan yang telah menjadikan mereka Insan yang sentiasa mengasihi Tuhan dan memerlakan satu sama yang lain dalam kehidupan.
Namun awal Tahun 2013 mereka berjanji untuk setia mengasihi Tuhan melayani Tuhan dalam kuasa Tuhan dan menjaga kesaksian kehidupan. Mereka juga ditegur oleh Firman Tuhan bahawa mereka harus melakukan perkara yang menyenangkan hati Tuhan dalam perhubungan.
13Januari 2013 mereka ditegur dengan penuh lemah lembut agar persahabatan, pergaulan dan percintaan dan perhubungan mereka harus memuliakan Tuhan. Puji Tuhan kerana begitu baiknya Tuhan menyedarkan mereka untuk Fokos kepada panggilan mereka utk hidup dalam kekudusan.
Dengan ini  pasangan ini berjanji untuk terus mengasihi satu sama yang lain dan mengutamakan panggilan Tuhan dalam hidup mereka. Kedua-duanya dipakai Tuhan dengan luar biasa.
 Kisah ini boleh menjadi panduan utk kita semua. Apapun keadaan kita dan siapapun kita, Tuhan boleh gunakan kita untuk mencapai TujuanNya melalui anda. Paling penting kembali kepada Tuhan dan menyerah hidup kepada Tuhan.

No comments:

Post a Comment