Friday, February 27, 2009

Aku Tidak Mengerti!
Ini kenyataan seorang wanita yang sangat mengasihi Tuhan dan sentiasa menghubungi uncle rohaninya. Dia tidak mengerti mengapa begitu banyak perkara terjadi dalam hidupnya sejak dia mengenal Yesus. Perkara pertama dia tidak mengerti mengapa kekasihnya meninggalkan dia dan pergi kepada wanita lain. Dia juga tidak mengerti kenapa Tuhan tidak memberi dia peluang pekerjaan yang sederhana untuk menampung keperluan keluarga dan masa depannya. Dia juga tidak mengerti kenapa tidak ada kebahagiaan dalam rumah tangga. Satu perkara yang pernah uncle nya katakan kepadanya, "hai anak ku, memang benar anda tidak akan mengerti semua ini terjadi dalam hidup mu." "Sama seperti Yusuf dalam Alkitab perjanjian lama, cukup dia tidak mengerti saudara-saudaranya menjualkan dia." Dalam pada itu Uncle nya melayani dia dengan penuh kasih dan isteri uncle nya amat mengasihi dia. Dia seorang wanita yang cukup sederhana sifatnya. Dia membantu auntinya melakukan banyak perkara di rumah, hingga uncle dan aunti nya rasa tidak rela dia pergi meninggalkan rumah. Uncle dan anuti nya rasa kesunyian. Dia terpaksa pergi kerana tempat dia bekerja jauh dari rumah. Persabatan dan pergaulan dia dengan keluarga uncle nya cukup rapat. Kemesraan dan keharmonian dapat di rasakan dalam perhubungan mereka. Hati nya mulai mengerti betapa besarnya kasih dalam hidupnya kerana diberi peluang untuk menikmati kasih Tuhan melalui orang yang dia kasihi dan hormati. Kepada sesiapa yang mengalami sesuatu yang anda tidak mengerti dalam hidup, datanglah kepada Dia yang tetap menanti anda, Dia sedia memikul segala beban dan mendengar rintihan anda. Kepada dia yang telah memberi kebanaran untuk artikal ini di tulis dalam blog ini, Doa agar anda tetap mengasihi Tuhan dan menjadi umat Tuhan yang terus membawa terang Tuhan dimana saja anda berada.

No comments:

Post a Comment