Saturday, February 14, 2009

Keistimewaan anda dalam KRISTUS by: Yusuf


1. Dalam Kristus anda menerima pengampunanz

Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada ALLAH,Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.1 Yohanes 1:9


2. Dalam Kristus anda telah dibenarkan

Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, ALLAH meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan ALLAH, apabila kita bersatu dengan Kristus. 2 Korintus 5:21


3. Dalam Kristus anda ditempatkan dekat dengan ALLAH

Tetapi sekarang, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus Yesus, kamu yang dahulunya jauh daripada ALLAH, telah didekatkan kepada ALLAH oleh kematian Kristus.Efesus 2;13


4. Dalam Kristus anda telah diterima dalam kerajaan ALLAH

Marilah kita memuji ALLAH bagi rahmat-Nya yang mulia, yang dikurniakan-Nya kepada kita melalui Anak yang dikasihi-Nya! Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya ALLAH sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah. Efesus 1:6-7


5. Dalam Kristus anda diisytiharkan ciptaan baru

Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.2 Korintus 5;17


6. Dalam Kristus anda ada jaminan memiliki hidup kekal

Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehiongga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Yohanes 3:16


7. Dalam Kristus anda sempurna

Seluruh keperibadian ALLAh juga terdapat dalam diri Kristus, pada waktu Dia hidup di bumi ini sebagai manusia. Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu juga diberikan hidup sejati. Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah berada di bawah kekuasaan Kristus. Kolose 2:9-10


8. Dalam Kristus anda dilepaskan daripada kutukan dan roh-roh jahat

Kamu sudah mati bersama-sama Kristus dan sudah dibebaskan daripada roh-roh yang menguasai alam semesta. Kolose 2:20


9. Dalam Kritus anda diberkati

Kamu tahu bahawa kita sangat dikasihi oleh Yesus Kristus Tuhan kita. Meskipun Dia kaya, Dia menjadikan Diri-Nya miskin unutk kebaikan kamu, supaya dengan kemiskinan-Nya itu, kamu menjadi kaya. 2 Korintus 8:9

No comments:

Post a Comment