Friday, February 20, 2009

Tuhan tidak akan melupakan anda

Dalam melayani diantara anak muda, kenyataan ini amat nyata! Yesaya 49:15 "Oleh itu Tuhan menjawab; Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya, atau tidak mengasihi anak kandungannya? Sekalipun ibu melupakan anak, Aku tidak akan melupakan anda"
Kenyataan ini mengingatkan saya tentang seorang pelajar yang pernah dihalau dari rumah. Dia menghubungi saya dan katakan dia tidak diharagai dan dihalau dari rumah. Saya kata padanya "Ampunkan ibubapa mu sebelum anda meninggalkan rumah. Peristiwa ini terjadi ada tujuan yang tersendiri yang anda mungkin tak akan mengerti. Ingatlah Yesus, bila dia dihina dan dicaci dan menderita di kayu salib untuk anda! Bawalah beban anda pada Yesus- Bawalah beban anda pada Dia, dan dia rela dan sedia memikul bebanmu hai anak ku" Matius 11:28. Kata-kata tersebut memulihkan keadaan pelajar ini. Saya dan isteri amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyatakan Kasih Yesus padanya. Dia seorang pelajar yang baik, peramah dan amat rajin melakukan tugas di rumah. Kami mengasihi dia seperti kami mengasihi anak kami sendiri. Dia kata kepada saya dan isteri "uncle aunti kamu lah ibubapa dan saudara saya yang amat mengasihi saya. Layanan kamu tidak ada bezanya dengan layanan yang kamu berikan kepada anak sendiri". Dimana pun anda berada hai anak ku, ingatlah kasih Tuhan dan janji Tuhan yang tidak pernah berubah. Tuhan mengasihi anda dan tetap ingat anda. Pandanglah kepadaNya, Dia menanti anda datang kepadaNya. Kawa nyalam ika[We love you].

No comments:

Post a Comment