Tuesday, June 16, 2009

Hanya Tuhan kekuatanku

Ya Tuhan, aku bersyukur kepada Mu, dengan sepenuh hatiku aku memuji namaMu. Hanya padaMu aku berserah. Dalam tahun ini aku sering mengalami sakit kaki yang amat menyakitkan. Kaki kanan kembang begitu juga kaki kiri, setiap kali kaki ku sakit aku terpaksa jumpa doctor mendapat rawatan dan juga mengambil ubat dari famasi untuk mengurang kesakitan tetapi tidak pulih sepenuhnya. Aku tetap bersujud dan menyembah Tuhan dan melayani Dia yang telah memanggil aku dan keluargaku.
Namun pada masa yang sama banyak perkara dan program pelayanan tergendala kerana tidak dapat berjalan. Dalam apapun keadaan aku memuji namaNya kerana kebaikan Tuhan yang tidak berkesudahan.. "Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan" Filipi 4:13

No comments:

Post a Comment