Sunday, June 7, 2009

Nyatakankan berkat & kebaikan Tuhan

Sesiapa yang telah percaya kepada  Tuhan harus menjadi saluran berkat kepada orang lain.  Segala berkat dan kebaikan yang anda alami, ceritakan kepada orang yang tinggal di sekitar anda.  Tidak semestinya kejayaan, kekayaan dan kesenangan dikatakan berkat yang patut dikongsikan,  namun perkara utama yang harus di ceritakan adalah pengampunan dan keselamatan yang Tuhan berikan kepada anda.  Tidak kurang  orang hari  ini hanya ingin melihat bukti kebaikan dan berkat Tuhan kepada orang yang takut dan hormat kepadaNya.
Kepada anda yang telah mengalami segala berkat dan kebaikan Tuhan, ceritakanlah  kebaikan Tuhan kepada sesiapa sahaja anda berpeluang menyatakannya.   Ini merupakan misi peribadi diri anda untuk Tuhan.  

No comments:

Post a Comment