Tuesday, March 3, 2009

Bahagianya Hidup Bersama Tuhan

Alangkah bahagianya bila anda membuat keputusan untuk tetap hidup menurut kehendak Tuhan. Remaja yang sedang bercinta, jangan lupa akan hubungan anda dengan Tuhan. Saya berjumpa dengan seorang pelajar perempuan yang bercinta dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya. Setiap jam dia sms boi frennya. Waktu itulah saya buat bisi bodi dan tanya. "Pernahkan anda berdoa dan membaca Firman Tuhan"? Dia diam seketika. Dia kata jika terus ber-sms kepada kekasihnya dia sentiasa dekat di hati kekasihnya. Dia bimbang kekasihnya mungkin cari perempuan lain kerana dia 5 tahun lebih tua daripada kekasihnya. Jika kita ingin tetap hidup bahagia dengan Tuhan buat keputusan untuk tinggal dekat di hati Nya. Berdoa dan membaca Firman Tuhan harus menjadi kesukaan kita setiap hari. Pasti hubungan kita dengan Tuhan akan rapat. Cukup bahagia hidup dekat dengan Tuhan kerana hanya Dialah yang memberi segala kepuasan dan kebahagiaan yang kita semua harapkan.

No comments:

Post a Comment