Saturday, March 7, 2009

Kelebihan Pastor/Pemimpin Dalam Pelayanan

Bersyukur kepada Tuhan kerana Dia memberi kelebihan kepada hamba Tuhan yang terlibat secara langsung dalam pemberitaan Injil dan mengajar orang lain tentang keselamatan dan pembebasan dalam Tuhan[Lukas 4:18].
Tuhan telah melantikan serta memilih mereka untuk tujuan tersebut. Dengan itu hamba Tuhan harus tahu kelebihan yang Tuhan telah berikan kepada mereka dan melakukannya dengan penuh yakin bahawa merekalah utusanNya yang Dia pilih. Di bawah ini saya ketengahkan kelebihan hamba Tuhan untuk renungan dan perhatian kita bersama;

I. Mereka diberi kemampuan untuk mengajar orang lain [Keluaran 35:34]
II. Mereka dipenuhi dengan Roh Kudus untuk mengajar [Roma 12:6]
III. Mereka mengetahui Firman Tuhan secara mendalam [Ezra 7:6, 1 Timotius 1:3-7]
IV. Mereka mengajar Firman yang memberi harapan untuk hidup[Amsal 13:14]
V. Mereka hidup dengan kejujuran [Titus 2:7]
VI. Mereka juga di tentang kerana ajaran mereka [Kisah Para Rasul 4:1-3]
VII. Mereka menyampaikan pesanan Tuhan [Yohanes 7:16-18]

Kepada rakan-rakan seiman ketahuilah kita diberi kelebihan yang luar biasa untuk mengajar kebenaran Firman Tuhan agar semua umat ciptaan Tuhan kembali kepada pangkuan Tuhan yang menjadikankan kita umat pilihanNya. Amin.

No comments:

Post a Comment