Sunday, March 8, 2009

Tuhan mencari anda untuk PelayananNya

Bila manusia pertama jatuh dalam dosa, keduanya malu dan cuba bersembunyi daripada Tuhan. Tuhan pergi dan mencari mereka. "DI MANA KAH ENGKAU"[Kejadian 3:1-13]. Bukan Tuhan tak tahu di mana mereka. Tuhan tahu segala-galanya [Maz 139]. Tuhan mahu keduanya kembali kepadaNya melakukan tugas yang belum selesai dalam rancanganNya. Ramai di antara umat Tuhan yang merasakan diri mereka sudah jauh daripada Tuhan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kekecewaan dan penderitaan dalam hidup merupakan lumrah hidup yang harus kita tempuhi dengan tabah. Ketahuilah Tuhan tetap mencari kita pulang dan bersekutu denganNya setiap hari. Dimana pun anda berada, dan dalam apapun keadaan anda, datanglah kembali kepada Tuhan hai anak ku. "Tuhan sentiasa mengawasi seluruh bumi ini dan memberi kekuatan kepada mereka yang setia kepadaNya". 2 Tawarikh 16:9a. Ini janji Tuhan yang kita miliki. Dia ingin menggunakan anda untuk melaksanakan pelayananNya. "Pemimpin-pemimpin yang bijaksana akan bersinar seperti langit yang cerah dan mereka yang mengajar orang berbuat baik dan adil akan bersinar sperti bintang selama-lamanya". Daniel 12:3
Tuhan memberkati anda. Amin.

No comments:

Post a Comment