Wednesday, March 4, 2009

Kuasa Doa dalam Tuhan

Jika anda percaya Firman Tuhan itu benar, anda juga harus percaya bahawa segala sesuatu dapat dilakukan melalui Yesus Kristus. Jika anda minta dengan iman, Tuhan akan melakukannya bagi pihak anda. Tuhan dengar semua doa dan rintihan hati umatNya. Ketahuilah doa orang yang hidup bersatu dengan Tuhan dapat menggerakan pelayanan dengan lebih berkesan.
Sesungguhnya Tuhan rindu mendengar doa dan tangisan umatNya minta pertolongan. Anda juga yakin bahawa Dia [Roh] yang dalam anda lebih berkuasa daripada roh-roh di duniai. Melalui doa juga anda menghalau kuasa-kuasa penguasa di udara dan di bumi kerana anda percaya penuh dengan namaNya yang penuh berkuasa. Percayalah Tuhan akan melakukan perkara besar dan ajaib. Jika anda yakin bahawa doa anda akan didengar dan dijawab, praktikan dan mula, berdoalah sekarang. Dimana dan bila saja anda berseru kepadaNya, Dia mengetahui segala-gala keadaan anda. Jika anda kecewa kerana masalah yang menimpa hidup anda, berdoalah. Tidak ada beban dan masalah yang terlalu besar yang Tuhan tidak dapat tanggung. Berlututlah dan Berserulah kepadaNya, Dia siap mendengar anda hai anakku. Yeremia 33:3

No comments:

Post a Comment