Monday, June 20, 2011

Kaki sakit di Batu Feringgi Penang

Pagi 20Jun 2011, aku hendak bangun tiba-tiba kaki ku rasa tak dapat bergerak, lutut ku seperti diikat. Oh.. sakit. terpaksa ke bilik mandi merakak saja, malu bangun kan teman sebilikku, kerana dia masih tidur lena. Fikiranku merenung jauh ke kelas yang kira-kira 200 meter daripada tempat asramaku, dari asrama turun ke kelas terdapat kira kira 100 mata tangga yang perlu aku lalui.
Aku tak mahu tinggalkan kuliah yang akan mula jam 2.00 petang. Aku berdoa dan puasa dan makan ubat PAIN KILLER, tapi seperti tak ada kesan. Ya Tuhan dengarlah seruanku.
Aku mula turun perlahan-lahan, laju lagi kura-kura berjalan. Rakan rakan yang melihatku tanya "how are you" aku pura-pura kata I'm Ok, thank you". Dalam hati tak ada yang tahu betapi sakitnya sakit GAUT pada lututku. Dalam kelas aku tetap berpura ok saja. Ada kelasmate yang bersimpati memberi aku air kerana payah jalan keluar. Terimakasih kerana rakan -rakan yang sentiasa memperhatikan pergerakanku.
Sebaik saja kelas berakhir jam 5.15petang, terfikir lagi bagaimana aku naik ke asrama ku lagi. Oh tingginya! Selepas dinner, aku mula berjalan perlahan-lahan naik ke atas sementara menahan kesakitan kakiku, puji Tuhan aku sampai diatas. Ada 2 orang nak urut kakiku, aku kata terimakasih, tak perlu. Aku bersyukur kepada Tuhan, kekasihku sentiasa memberi dorongan dan berdoa untukku. Sesungguhnya dialah kebanggaanku dan sumber inspirasiku. Semasa aku melangkah satu persatu menuju ke asramaku, aku terbayang kekasihku memegang bahuku dan mengiringi aku sambil berkata, "aku tetap bersamamu dalam apapun keadaan aku disampingmu". Aku mengasihimu. Keranamu aku sampai ke dalam bilikku, dan terus baring. Ya Tuhan, sembuhlah kakiku agar aku dapat melompat memujiMu.

No comments:

Post a Comment