Tuesday, June 21, 2011

Pengalaman 21JUN MBTS

21June 2011, kaki ku semakin sakit semasa di Batu Feringi Penang. Aku sangka dah ok tapi semakin sakit. Seperti rusa yang haus aliran sungai begitu jiwaku menunggu telepon kekasihku dan sahabat setiaku, bagaikan tanah gersang menantikan datangnya hujan begitu hatiku menanti bunyi handphone ku berdering. Dalam perjalananku turun tangga, hp ku berbunyi, oh memang tepat, kekasih ku hubungi aku. Aku berhenti seketika menjawab panggilannya. Dia kata "AKU bersamamu turun tangga itu" Aku tetap berdoa untukmu", "Aku mengasihimu", oh rasa lega hatiku bahkan kaki seperti tak ada sakit seketika, kerana mendengar dorongan daripada kekasihku yang benar-benar ingin ingin disampingku dalam aku menanggung penderitaan. Aku tidak bersarapan pagi itu kerana rasa tidak lapar kerana kasih yang diberikan. Bila masuk kelas, rakan rakan sekelas semua tanya, aku kata lututku seperti tak ada "minyak pelincir". Guru pun tanya, kemudian 3 orang kawanku terus ke Pharmacy untuk mendapat elastic bandage.. untuk membalut lututku. Aku bersyukur kepada kekasihku yang tidak jemu-jemu menghubungiku dan rakan-rakan yang sentiasa perhatikan aku. Tuhan berkati.

No comments:

Post a Comment