Wednesday, June 15, 2011

Kasih yang suci

Seorang guru muda dihantar bertugas di sebuah sekolah dipendalaman. Di sana dia melakukan segala tugas sebagai guru dengan tekun. Lebih daripada itu dia giat aktif melakukan kerja sosial di rumah panjang.
Dia juga melayani Tuhan sebagai pemimpn muda-mudi di gereja. Pada masa yang sama guru itu mulai minat dengan seorang gadis jelita di kampung itu. Gadis itu amat menarik dan menawan. Sifat gadis itu baik, peramah dan lemah lembut. Perhubungan keduanya semakin lama semakin rapat. Perasaan cinta keduanya tidak seorang pun yang tahu, kerana tidak ada ciri ciri luaran keduanya bercinta. Terlalu banyak kenangan manis yang keduanya lalui bersama. Mereka makan bersama, tinggal bersama dan ke kebun bersama keluarga.
Tanpa diduga keduanya berpisah kerana guru tersebut dipindahkan ke sekolah lain. Kakinya hampir terpaku untuk melangkah meninggal gadis pujaannya. Dia tidak sanggup meninggalkan dia begitu sahaja. Sepanjang perjalanan dia menangis mengenangkan kisah indah semasa bersama dengan kekasihnya. Tidak terlintas dalam fikiran perpisahan itu satu perpisahan yang memutuskan percintaan keduanya. Perpisahan tanpa pesan yang memberi harapan untuk menjalinkan perhubungan. Tuhan tahu semua yang tejadi dalam perhubungan keduanya.
Hampir 26 tahun berpisah keduanya bertemu lagi pada 26April 2011. Mulanya guru itu telefon dia, yang amat menghairankan keduanya-duanya masih mengenali suara masing
masing walaupun begitu lama tidak bertemu. Itu terbukti perasaan cinta keduanya belum dikikis dalam jiwa dan hati keduanya. Luar biasa!
Kedua-duannya telah berkeluarga dan tetap setia dalam Tuhan. Semasa pertemuan itu keduanya mohon maaf diantara satu sama yang lain. Guru itu mohon maaf terlebih dahulu kerana tidak pernah menghubungi dia dan mohon maaf diatas kesalahan ataupun tindakan yang mungkin telah menyakitkan hati. Sebenarnya sekian lama guru itu ingin mencari dimana gadis pujaan nya. Dia masih mengasihi dan tetap menghargai dia. Dia juga tahu bahawa gadis pujaannya telah dimiliki lelaki lain. Keduanya berjanji untuk mendorong satu sama yang lain. Yang lebih menarik keduanya akur dengan rencana Tuhan yang memisahkan keduanya dua puluh enam tahun yang lalu dan dipertemukan dalam Kasih anugerah Tuhan untuk sama sama melayani Tuhan dalam pelayanan masing masing. Inilah kisah kasih yang suci. Tidak ada perasaan dendam dan tidak ada penyesalan dalam hati keduanya. Perhubungan keduanya semakin indah selepas pertemuan itu. Keluarganya dianggap keluarga sendiri. Oh indahnya perhubungan keduanya kerana Yesus yang telah memperdamaikan. Sesungguhnya kerana Kasih Yesus keduanya dapat mengampuni satu sama yang lain.
Jadikan kisah ini sebagai panduan dan dorongan anda yang membaca.

Keduanya telah mengizinkan saya untuk menulis kisah cinta murni ini dalam blog ini.











No comments:

Post a Comment